Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Sejahtera MADANI: Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai inisiatif Sejahtera MADANI untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Sejahtera MADANI?

Program Sejahtera MADANI ialah satu inisiatif nasional yang diselaras oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk membantu isi rumah miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

Program ini menghimpunkan pelbagai bentuk intervensi bantuan merentas kementerian, agensi dan pihak swasta bagi memangkas kemiskinan secara berfokus dan bersepadu.

Program Sejahtera MADANI: Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia 1

Manfaat Program

Program ini akan memberikan manfaat untuk rakyat dan Syarikat / Organisasi.

Manfaat untuk rakyat adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan taraf hidup keluarga miskin / miskin tegar melalui bantuan bersasar.
  • Peluang menyertai program pendidikan, latihan kemahiran, bantuan perumahan dan keusahawanan.
  • Akses kepada peluang pekerjaan dan kesihatan yang lebih baik.

Manfaat untuk Syarikat / Organisasi pula adalah seperti berikut:

  • Menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara berimpak tinggi dan terancang.
  • Peluang menjadi rakan strategik kerajaan dalam membantu masyarakat.
  • Meningkatkan reputasi dan penglibatan komuniti syarikat melalui projek berimpak sosial.
  • Pengecualian cukai.

Skop Program

Skop program ini meliputi empat (4) kluster bantuan utama, iaitu:

Peningkatan Pendapatan– Sokongan permulaan untuk isi rumah memulakan perniagaan kecil.
– Latihan kemahiran baharu atau peningkatan kemahiran untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja.
– Bantuan modal dan peralatan niaga mikro.
– Sokongan kewangan untuk aktiviti ekonomi komuniti setempat.
– Program pembangunan keusahawanan untuk peserta eKasih.
– Program khas sektor agro dan belia.
Pendidikan– Kelas tambahan percuma untuk pelajar keluarga eKasih.
– Sokongan kewangan untuk barangan asas persekolahan.
– Membantu anak-anak eKasih melanjutkan pengajian tanpa beban kewangan.
Perumahan– Baik pulih rumah usang atau tidak selamat.
– Pembinaan rumah baharu untuk isi rumah tanpa tempat tinggal sesuai.
– Penyambungan bekalan air dan elektrik.
– Penglibatan syarikat dalam menaja kediaman.
– Bantuan untuk kos sewaan bagi kes kecemasan / tiada kediaman tetap.
Kebajikan– Bantuan one-off untuk keperluan segera seperti barangan peralatan kesihatan, bakul makanan dan lain-lain.

Setiap intervensi dirangka berdasarkan keperluan spesifik keluarga eKasih secara menyeluruh (Whole-of Nation Approach).

Pihak Terlibat

Program ini melibatkan kerjasama pelbagai pihak, iaitu:

Kerajaan PersekutuanMelalui kementerian dan agensi pelaksana / pemberi bantuan.
Rakan StrategikSumbangan strategik atau tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihak swasta / individu.
Peserta eKasihPenerima manfaat yang terdiri dari peserta miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

Di antara Kementerian Peneraju / Pelaksana yang terlibat adalah:

  • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW);
  • Kementerian Ekonomi (KE);
  • Kementerian Kewangan (MOF);
  • Kementerian Sumber Manusia (KESUMA);
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM);
  • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP);
  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); dan
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Cara Penglibatan Syarikat

Syarikat boleh terlibat melalui penyediaan bantuan kewangan dan penyediaan bantuan in-kind.

    Syarikat yang berminat boleh mengemukakan cadangan penglibatan melalui borang penyertaan CSR yang disediakan di portal Sejahtera MADANI.

    Sumbangan Terkumpul

    Inisiatif Sejahtera MADANI berjaya mengumpul dana sehingga RM 120 Juta.

    Sumbangan yang terkumpul setakat 25 Julai 2025 adalah sebanyak RM 120,000,000.00 dan sumbangan masih boleh disalurkan melalui:

    Nama Akaun: Tabung Kesejahteraan Rakyat
    Bank: Bank Muamalat (BMMB)
    No. Akaun: 16010001883714
    Rujukan 1: 03-8872 3806/ 6516/ 3814/ 6507/ 3812
    Rujukan 2: [email protected]

    Sumbangan CSR juga boleh disalurkan kepada akaun berkenaan untuk menyumbang atau menjadi rakan strategik.

    Program Sejahtera MADANI: Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2

    Penyaluran sumbangan secara tunai juga boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:

    • Pindahan wang tunai secara atas talian dan melalui Interbank GIRO;
    • Real-Time Electronic Transfer of Funds and Securities System (RENTAS);
    • Pindahan melalui Kod QR dan JomPay;
    • FPX Online;
    • ePos Terminal;
    • Credit Card Payment Gateway; atau
    • Pindahan Telegrafik.

    Maklumat Lanjut

    Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Sejahtera MADANI ini, sila rujuk portal rasmi Sejahtera MADANI atau terus hubungi talian 03 – 8872 3806 / 6516 / 3814 / 6507 / 3812.

    Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

    Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

    This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More