Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Dana SejaTi MADANI Kepada Komuniti Tahun 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan bantuan Dana SejaTi MADANI kepada semua rakyat Malaysia yang layak.

Isi Kandungan

Apa Itu SejaTi MADANI?

Pelaksanaan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM100,000 kepada komuniti yang layak.

Program ini merupakan satu bentuk program bantuan Kerajaan yang bertujuan untuk mengupayakan komuniti melalui aktiviti peningkatan sosioekonomi.

“Kerajaan memperuntukan RM1 Billion di bawah Dana Komuniti MADANI bagi menyediakan geran kepada komuniti untuk menjayakan Program SejaTi MADANI.”

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Permohonan Bantuan Dana SejaTi MADANI Kepada Komuniti Tahun 2024 1
SejaTi MADANI

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah:

  • Memperkasa aktiviti ekonomi komuniti dengan membuka peluang pekerjaan baharu serta peluang peningkatan pendapatan setempat.
  • Mengangkat martabat ekonomi komuniti supaya dapat menghasilkan pendapatan yang lebih bermakna.
  • Menggalakkan komuniti untuk lebih proaktif dalam merancang program yang dapat merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.
  • Memberi manfaat kepada seluruh komuniti menerusi pelaksanaan program yang bersesuaian dengan keperluan sebenar masyarakat.

“Komuniti” di sini merujuk kepada kumpulan orang / masyarakat yang tinggal di sesuatu daerah, negeri atau negara tidak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuklah:

  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
  • Komuniti Rumah Panjang.
  • Komuniti Kampung Orang Asli.
  • Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah / Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Negeri atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN).
  • Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif.

Hanya satu (1) permohonan yang akan dipertimbangkan bagi setiap komuniti.

Permohonan SejaTi MADANI Tahun 2024

Permohonan SejaTi MADANI kini dibuka bermula 25 Mac 2024 sehingga 30 September 2024.

Permohonan Dana SejaTi MADANI ini adalah percuma dan terbuka kepada komuniti yang layak. ICU JPM tidak mengenakan sebarang cas / fi bagi permohonan Dana SejaTi MADANI.

Komuniti dinasihatkan untuk merujuk garis panduan dengan teliti sebelum mengemukakan permohonan.

Permohonan Bantuan Dana SejaTi MADANI Kepada Komuniti Tahun 2024 2
SejaTi MADANI

Syarat Kelayakan Permohonan

Program yang dipohon hendaklah program / aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima sektor utama serta bersifat quick win iaitu aktiviti yang membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan.

5 sektor utama tersebut adalah seperti berikut:

  1. Pertanian Dan Makanan.
  2. Jahitan Dan Kraf Tangan.
  3. Herba Dan Kesihatan.
  4. Pelancongan Dan Hospitaliti.
  5. Aktiviti Hijau Dan Kitar Semula.
Sektor UtamaContoh Program / Aktiviti Berkaitan
Pertanian Dan Makanan1. Sistem Kepadatan Padi (SRI).
2. Pembuatan Baja Organik.
3. Perniagaan berkonsepkan karavan atau trak makanan.
4. Penanaman cili fertigasi / cendawan hidroponik.
5. Pembuatan kerepek dan kudapan tradisional.
6. Produk sejuk beku.
7. Penjualan makanan berkonsepkan carboot sales.
8. Perikanan dan penternakan seperti:
– Penjualan hasil hidupan laut segar dan sejuk beku, atau
– Penternakan ayam pedaging.
Jahitan Dan Kraf Tangan1. Pembuatan Tembikar Tradisional.
2. Penghasilan Kraf Batik lukis / digital / ikat celup.
3. Kraf Jahitan beg anyaman buluh / rotan dan batik.
4. Menjahit pakaian / barangan sulaman.
5. Penghasilan produk daripada tekatan benang emas / tembaga.
6. Pembuatan seramik studio, seramik arca dan seramik industri.
7. Produk anyaman buluh / pandan / mengkuang / ribu-ribu.
8. Produk ukiran kayu seperti pembuatan permainan berasaskan kayu. Contohnya, set catur kayu dan congkak.
9. Jahitan yang menghasilkan produk seperti pelitup muka, selendang, kain pasang, beg, alas meja dan sarung kusyen.
10. Penghasilan senjata berasaskan logam.
11. Batik soft toy.
12. Kraftangan berasaskan manik.
13. Jahitan cadar / sarung bantal daripada kain terpakai.
Herba Dan Kesihatan1. Penanaman tanaman herba.
2. Pengkomersialan produk bunga telang (herba).
3. Perkhidmatan urutan tradisional / spa.
4. Program sistem pengairan automatik taman herba.
5. Pembuatan sabun daripada herba-herba Sunnah.
Pelancongan Dan Hospitaliti1. Inap Desa.
2. Pembangunan Perisian / Aplikasi.
3. Program Homestay Kampung. Homestay mestilah yang dikendalikan oleh komuniti, bukan individu.
4. Program Arca Dasar Laut.
5. Penghasilan produk jualan pelancongan dan hospitaliti mesra muslim.
6. Inovasi penginapan menggunakan kenderaan terpakai (van / bas).
Aktiviti Hijau Dan Kitar Semula1. Pengurusan Sisa Mampan seperti:
   – Projek Upcycling, atau
   – Projek kitar semula minyak masak terpakai menjadi minyak bio-diesel, sabun dan lilin.
2. Penghasilan Buku Kitar Semula.
3. Membuat Beg menggunakan baju terpakai.
4. Penjualan Perabot Rumah berunsurkan bahan kitar semula.
5. Penghasilan Produk berunsurkan tempurung kelapa (barangan dapur).
SejaTi MADANI

Kategori Permohonan

Kategori permohonan bagi Dana SejaTi MADANI ini terbahagi kepada tiga (3), iaitu:

RintisProgram / produk / perkhidmatan yang baru diwujudkan dalam tempoh kurang dari setahun.
PeningkatanProgram / produk / perkhidmatan sedia ada yang telah wujud di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.
PengembanganProgram / produk / perkhidmatan sedia ada yang wujud melebihi tiga (3) tahun.
SejaTi MADANI

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem MySejaTi MADANI di pautan berikut:

>>>Permohonan Dana SejaTi MADANI Disini<<<

Bagi komuniti yang tidak mempunyai capaian internet, permohonan secara manual juga boleh dibuat di

  • Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), atau
  • Pejabat Daerah, atau
  • Pejabat Residen, atau
  • Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Keputusan daripada Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftarkan oleh pemohon dan dihantar bersama-sama Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ).

Pengerusi hendaklah mengemukakan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ) secara fizikal kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dalam tempoh tujuh (7) hari selepas mendapat kelulusan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan bantuan Dana SejaTi MADANI ini, sila rujuk saluran-saluran berikut:

Permohonan Bantuan Dana SejaTi MADANI Kepada Komuniti Tahun 2024 3
SejaTi MADANI

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More