Sumber Rujukan Globalisasi Anda

STR Fasa 2 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 3 April 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan pengkreditan STR Fasa 2 bagi tahun 2024 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Makluman Pembayaran STR Fasa 2 Bagi Tahun 2024

Kementerian Kewangan akan membuat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai pada 3 April 2024 kepada semua penerima yang berdaftar menerusi pangkalan data bantuan berkenaan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1 April 2024.

“Reformasi ekonomi yang diterajui Kerajaan MADANI bukan semata-mata untuk memperbetul struktur kewangan negara, tetapi ia berbekalkan niat ikhlas untuk memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dengan rakyat secara lebih saksama,”

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Insya-Allah, Kerajaan akan tingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan,”

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
STR Fasa 2 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 3 April 2024 1
STR Fasa 2

Sila rujuk kenyataan media rasmi Kementrian Kewangan di bawah untuk dapatkan info yang lebih lanjut.

STR Fasa 2 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 3 April 2024 2
STR Fasa 2 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 3 April 2024 3

Kadar Bayaran STR Fasa 2

Kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima-penerima STR Fasa 2 bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

KategoriJumlah Bayaran
Isi Rumah Berpendapatan <RM 2500RM 150 – RM 650
Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 – RM 5000RM 100 – RM 300
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
Bujang RM 100

Perbandingan pembayaran STR Fasa 2 bagi tahun 2023 dan tahun 2024 adalah seperti berikut:

KategoriKadar Bayaran Fasa 2 Tahun 2023Kadar Bayaran Fasa 2 Tahun 2024
Isi Rumah Berpendapatan <RM 2500RM 200RM 150 – RM 650
Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 – RM 5000RM 200RM 100 – RM 300
Warga Emas Tiada PasanganRM 100RM 150
Bujang RM 100RM 100

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Jumlah Bayaran STR 2024 anda boleh rujuk DISINI.

Kaedah Pembayaran STR 2024

Pembayaran STR 2024 Fasa 2 mulai dibayar pada 3 April 2024 secara berperingkat.

 Kaedah pembayaran adalah melalui

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan; atau
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi yang mempunyai akaun bank, penerima akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 3 April 2024 hingga 9 April 2024 secara berperingkat.

Bagi yang tiada akaun bank (termasuk di Sabah dan Sarawak), bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama, iaitu 3 April 2024. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan dan hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian tersebut.

STR Fasa 2 Mula Dibayar Kepada Penerima Bermula 3 April 2024 4

Semakan Status Kelulusan STR Fasa 2 Tahun 2024

Semakan status kelulusan STR bagi tahun 2024 dan jumlah bayaran yang akan diterima boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal STR 2024.
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’.
  4. Status kelulusan akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.

Penerima bayaran STR 2024 Fasa 2 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus.

Sebelum ini, LHDN turut memaklumkan bahawa penerima bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima bayaran Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2024.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan STR Fasa 2 ini, sila rujuk pautan-pautan berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More