Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Semak Saman Polis Trafik PDRM JPJ & AES Online dan SMS

Semak Saman secara online sudah pasti menjadi pilihan pada masa kini bagi mengekalkan sosial distance dan juga menjimatkan masa. Sejak dilanda covid-19 ini, banyak urusan boleh dibuat secara online termasuk urusan JPJ lagi cepat dan mudah. Antara contoh saman yang dikelurkan adalah kesalahan lalu lintas,memandu melebihi had laju dan sebagainya. Selain saman dapat dibayar secara online, kita juga dapat semak berapa bayaran yang harus dibayar.

Mengikut prosedur saman, apabila seseorang melakukan kesalahan lalu lintas dan disaman oleh JPJ, JPJ akan mengeluarkan surat saman beserta jumlah yang perlu dibayar. Namun saman akan naik sekiranya tidak dijelaskan dengan masa yang sepatutnya. Sebagai contoh, jika anda disaman dua tahun yang lalu sudah pasti nilai bayaran sudah tidak sama, anda boleh menggunakan website dan SMS untuk semak saman anda. Sedar hakikat saman perlu dijelaskan walau apa cara sekalipun kerajaan mewujudkan sistem yang mampu memberi kemudahan untuk orang ramai. Ikuti perkongsian Cara Semak Saman Polis Trafik PDRM JPJ & AES Online dan SMS pada kali ini.

Isi Kandungan

Cara Semak Saman 

Cara Semak Saman Polis Trafik PDRM JPJ & AES Online dan SMS

Bagi memudahkan anda membuat bayaran saman ada beberapa website yang boleh anda layari seperti myeg dan jpj. Di website ini macam-macam urusan jpj yang anda boleh lakukan seperti memperbaharui lesen,roadtax dan juga semak saman yang tertunggak.Mungkin anda tidak perasan berapa bnyak saman yang anda ada justeru website ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada anda.

Cara Semak Saman Polis Trafik PDRM JPJ & AES Online dan SMS

Setelah anda masuk ke website ini, anda boleh masukkan kad pengenalan anda beserta kata laluan sebelum memilih ke urusan apa yang anda ingin lakukan. Jika anda ingin semak saman sebelum pilih untuk pembayaran bolehlah masuk ke bahagian yang disediakan. Jangan bimbang hanya perlu klik sahaja kerana portal ini jelas memberi pilihan urusan yang anda ingin lakukan.

Cara Semak Saman Polis Trafik PDRM JPJ & AES Online dan SMS

Selain memeriksa menggunakan website, anda juga boleh menghantar sms ke 15888 untuk membuat semakan saman. Ikuti langkah berikut:

  1. Taip POLIS (Jarak) SAMAN (Jarak) No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan dan hantar ke 15888

Ya, mudah bukan? bergantung kepada pilihan anda sama ada ingin menggunakan website ataupun SMS. Setiap website sama ada myeg ataupun JPJ tetap inginkan maklumat yang sama dan cukup mudah untuk menggunkan kedua-dua website ini. Urusan secara online bukan hanya menjimatkan masa malah lebih cepat dan selamat.

Cara Elak Dari Disaman

Daripada perlu membayar saman yang mahal, lebih baik anda pastikan diri anda, kenderaan anda memenuhi peraturan jalan raya. Tujuan saman ini dikeluarkan bagi memasikan anda tidak mengulangi kesalaan seperti ini. Hal ini akan menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Contoh Saman yang dikeluarkan

Bagi memastikan anda selamat dari kena saman polis dan JPJ ,pastikan anda tidak melakukan kesalahan seperti ini :

  • Memandu melebihi had laju yang sepatutnya.
  • memandu tanpa lesen dan roadtax
  • Tidak pakai seatbelt
  • Tiada Side Mirror
  • Memandu secara mabuk
  • memandu sambil menggunakan telefon bimbit

Tips: Anda juga boleh rujuk artikel ini sekiranya ingin tahu lebih lanjut diskaun saman yang dikeluarkan oleh JPJ bagi memeperjelaskan isu ini.

Kenapa Perlu Bayar Saman Ini?

Jika anda disaman anda wajib membayarnya bagi mengelakkan nama anda disenaraihitamkan oleh JPJ. Selain itu jumlah saman juga kan meningkat sekiranya anda lambat menjelaskannya. Selain itu ini adalah sebagai tanda anda bertanggungjawab terhadap kesalahan yang anda lakukan. Agak sukar sebenarnya untuk kita mengeluarkan duit untuk membayar saman kerana wang itu boleh digunakan untuk keperluan harian. Namun apakan daya jika disaman anda harus menjelaskan dengan kadar segera secara online mahupun walk in ke JPJ. Baru-baru ini sedar akan hakikat rakyat kesempitan akibat Covid-19, kerajaan telah mengurangkan saman sehingga 70 peratus. Ambillah kesempatan ini untuk membayar saman kerana saman wajib dibayar bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.

Sudah Jelaskah Anda Tentang Saman Ini?

Saman tidak boleh dibuat main-main. Apabila JPJ mengeluarkan saman anda harus berwaspada dan terus membuat pembayaran bagi mengelakkan masalah dikemudian hari. Kebiasaanya kesalahan saman ini berlaku apabila kita mengambil mudah tentang isu keselamatan dan juga memandang remeh terhadap pembaharuan roadtax dan lesen. Pada zaman serba online ini anda tidak perlu bersusah payah ke kaunter. Hanya duduk dirumah dan layari website Myeg atau jpj untuk membuat urusan jpj seperti lesen, bayar saman dan sebagainya. Semoga perkongsian Cara Semak Saman dapat membantu anda menjelaskan saman secepat mungkin.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More