Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan eKasih 2023 – Portal Pembasmian Kemiskinan

Semakan eKasih 2023 merupakan pengkalan data dan statistik untuk kalangan rakyat Malaysia yang berada di paras miskin untuk diberikan kemudahan bantuan pada kemudian hari di bawah program kemiskinan di Malaysia.

Di portal rasmi eKasih kini sudah ada paras yang telah ditetapkan dengan eBantuanJKM Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mana jikalau anda adalah:

  • Rakyat Malaysia yang tinggal di bandar tetapi pendapatan anda sebulan kurang daripada RM1,500 sebulan, anda melepasi syarat kelayakan untuk mendaftar dan menghantar permohonan eKasih bantuan bulanan atau one off

atau jika

  • Pendapatan anda kurang daripada RM1000 tetapi tinggal di kawasan luar bandar, anda juga layak untuk dimasukkan ke dalam pengkalan portal pembasmian kemiskinan online.

Walaubagaimanapun, jikalau anda tidak pasti anda boleh terus rujuk kepada kakitangan dan pegawai Unit Pembangunan Pejabat Daerah Negeri anda atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN) yang berkaitan.

Isi Kandungan

Apa itu eKasih?

Bank Data Kemiskinan Nasional​​ eKasih mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Komponen data eKasih terdiri daripada:
  • Maklumat Ketua Isi Rumah (KIR) 
  • Maklumat Ahli Isi Rumah (AIR)
  • Maklumat Lokasi
  • Maklumat Kediaman
  • Maklumat Pendidikan
  • Maklumat Kemahiran dan Pekerjaan
  • Maklumat Pemilikan Harta
  • Maklumat Kesihatan
  • Maklumat Pendapatan
  • Maklumat Bantuan

Ciri-ciri utama eKasih:

  1. Semakan status kemiskinan secara online
  2. Penyelarasan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Sistem Semakan eKasih 2023

Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Ringkasnya, sistem semakan eKasih 2023 ini adalah untuk mereka yang miskin tegar.

Semakan eKasih 2023

Jenis Bantuan Yang Boleh Diterima Bagi Individu Yang Berdaftar Dengan eKasih

Pendaftaran eKasih akan mewujudkan nama seseorang dalam data kerajaan. Melalui data ini, pendaftar layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya:

Program MyKasih

  • Pada tahun 2021 hingga Januari 2022, mereka yang tersenarai dalam data eKasih akan menerima bantuan RM100 sebulan untuk tempoh 3 bulan di bawah Program MyKasih.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai secara langsung yang disediakan oleh Kerajaan Perpaduan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat bagi tahun 2023.

I-Suri (Insentif RM480 KWSP)

  • Surirumah yang berdaftar dengan eKasih juga layak memohon bantuan di bawah skim i-Suri KWSP.
  • Dengan caruman serendah RM5 sebulan atau RM60 setahun, surirumah boleh mendapat insentif RM480 setahun daripada kerajaan di bawah skim ini.

Bantuan JKM

  • Terdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:
  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – Bulanan RM150 hingga RM1000
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) – RM500 sebulan seorang
  3. Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  5. Bantuan Orang Tua (BOT) – RM500 sebulan seorang
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 sebulan seorang. Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan seorang.
  9. Bantuan Geran Pelancaran (GP) – Maksimum RM2,700 sekaligus.
  10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
  11. Tabung Bantuan Segera (TBS)

Semakan eKasih 2023 Online

Cara membuat Semakan eKasih 2023 secara online adalah seperti yang berikut:

  • Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) berdekatan tetapi anda juga boleh membuat semakan secara atas talian (online) dengan tekan pautan dibawah:

>>>Semakan eKasih 2023 Online<<<

SUMBER YOUTUBE: Cara Semak

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Semakan eKasih 2023, sila rujuk:

PPN Perlis : 04-9731976
PPN Kedah : 04-7209236
PPN P.Pinang : 04-2185700
PPN Perak : 05-2497400
PPN Selangor : 03-55213600
PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
PPN N.Sembilan : 06-7659945
PPN Melaka : 06-3333333
PPN Johor : 07-2234777
PPN Pahang : 09-5178208
PPN Terengganu : 09-6272000
PPN Kelantan : 09-7455000
PPN Sarawak : 082-446582
PPN Sabah : 088-484800

atau

  • Hubungi ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.
  • Pertanyaan melalui e-mel juga boleh dihantar kepada [email protected]

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info yang tepat juga dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More