Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Kelulusan Bantuan Sabah Prihatin 3.0

Untuk makluman, status kelulusan terkini sudahpun boleh dibuat semakan. Bantuan one-off RM300 itu membabitkan seramai 370,432 penerima manakala bantuan bakul makanan adalah sebanyak 343,665.

Ketua Menteri Sabah kerana telah memperuntukkan sekitar RM155 juta untuk Bantuan Sabah Prihatin 3.0 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat negeri itu.

Isi Kandungan

Penerima Bantuan Sabah Prihatin 3.0

Golongan miskin dan miskin tegar / e-Kasih / nelayan / petani / pekebun / penternak / anak yatim / orang tua / orang kelainan upaya (OKU) / kanak-kanak / ibu tunggal / veteran ATM / pemandu bot, bas, lori dan teksi / usahawan mikro / penjaja kecil / pelajar / belia serta mereka yang menjalani kuarantin di rumah adalah antara yang layak mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Kerajaan negeri turut tidak ketinggalan memberikan bantuan kepada pemandu pelancong / penggiat seni / divemaster / malim gunung dan porter / termasuklah pengusaha pelancongan / hotel dan penginapan jelas menunjukkan ‘no one is left behind’.

Kaedah Bayaran

Bayaran akan diagih tidak lama lagi kepada kumpulan sasaran melalui 8 kementerian di negeri itu selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Semakan Kelulusan Bantuan Sabah Prihatin 3.0

Cara Semakan Status Kelulusan Bantuan Sabah Prihatin

Untuk membuat semakan, anda boleh melakukannya secara online (atas talian) sahaja. Langkah membuat semakan status kelulusan adalah seperti di bawah:

  1. Layari pautan https://bkn-covid.sabah.gov.my/bsp-semak/
  2. Isikan nombor kad pengenalan dan kod yang dipaparkan dalam ruang yang disediakan.
  3. Tekan butang Semak
  4. Status LULUS atau TIDAK LULUS atau TIDAK WUJUD akan dipaparkan. (Rujuk gambar di bawah).

Semakan Kelulusan Bantuan Sabah Prihatin 3.0

Semakan Kelulusan Bantuan Sabah Prihatin 3.0

Baca Juga: Senarai Bantuan Sabah Prihatin 3.0

Bantuan-Bantuan Lain Yang Diumumkan

Di bawah program Bantuan Prihatin Sabah 3.0 ini juga, beberapa lagi bantuan lain diumumkan antaranya:

  1. Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah akan diberikan peruntukan lebih RM45.61 juta bagi membantu mereka yang memerlukan manakala Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri akan menerima lebih RM2.97 juta untuk membantu 3,325 penerima yang bergiat dalam industri pelancongan.
  2. Hotel lima dan empat bintang serta penginapan akan menerima RM5,000 manakala hotel tiga bintang dan ke bawah menerima RM2,000; penginapan bertaraf tiga, dua dan satu bintang menerima 2,000; Persatuan Penginapan RM1,000 sementara hotel yang belum mendapat penarafan menerima RM1,000 serta pengusaha pelancongan RM2,000.
  3. Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima peruntukan berjumlah RM19.33 juta dengan 64,449 penerima yang akan diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
  4. Kementerian Pembangunan Industri pula telah diperuntuk sejumlah RM2.88 juta bagi membantu 9,600 penerima di bawah kategori usahawan mikro dan kotej.
  5. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah memperuntuk sejumlah RM15.12 juta sebagai bantuan sekali beri kepada 16,153 penjaja kecil dan pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan.
  6. Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntuk RM500,000 bagi membantu 15,000 penerima di bawah program bantuan Prihatin Dapur Belia 4.0 Majlis Belia Sabah manakala Pejabat Tugas-Tugas Khas akan memperuntuk sebanyak RM1.5 juta sebagai bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta.

Maklumat Lanjut Tentang Bantuan Sabah Prihatin

Segala pertanyaan berkenaan dengan Bantuan COVID-19 boleh diajukan melalui laman web https://bkn-covid.sabah.gov.my/ atau Facebook Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah.

No telefon: 088 369430

E-mel: [email protected]

Untuk makluman terkini berkenaan pengurusan bencana COVID-19 Negeri Sabah, sila kunjungi laman sesawang command.sabah.gov.my

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More