Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MUET 2024: Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2023 & Rayuan Semak Semula

Berikut dikongsikan cara semakan keputusan MUET Sesi 3 2023 dan cara membuat rayuan semak semula keputusan tersebut.

Isi Kandungan

Apa Itu Malaysian University English Test (MUET)?

Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia.

Peperiksaan MUET meliputi empat (4) kertas iaitu

  • Listening (30 minit)
  • Speaking (30 minit)
  • Reading (90 minit)
  • Writing (90 minit)

Keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima (5) tahun mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2023

Untuk makluman, keputusan Ujian Malaysian University English Test (MUET) Sesi 3 bagi Tahun 2023 boleh mula disemak mulai 10 Januari 2024, bermula jam 10.00 pagi.

MUET 2024: Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2023 & Rayuan Semak Semula 1
Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2023

Kaedah Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2023

Semakan keputusan MUET dan rayuan semak semula keputusan MUET boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti ketetapan berikut:

Cara Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2023Cara Rayuan Semak Semula MUET Sesi 3 2023
1. Semakan di Portal MPM
Layari www.mpm.edu.my
Kemudian, Laman Utama > Sistem Semakan Keputusan MUET
atau
di pautan https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/
2. Semakan melalui SMS

MUET <jarak> RESULT <jarak> No. KP dan hantar ke 15888
Permohonan secara dalam talian di Portal MPM
Layari www.mpm.edu.my
Kemudian, Laman Utama > Sistem Semakan Keputusan MUET
atau
di pautan https://mecea.mpm.edu.my/MUETR/
Semakan boleh mula dibuat pada 10 Januari 2023, bermula jam 10.00 pagi.Keputusan semak semula ini adalah dalam tempoh 20 hari selepas tarikh tutup permohonan.
Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2023

Rayuan Semak Semula Keputusan MUET

Sekiranya anda ingin membuat rayuan semak semula keputusan MUET, anda boleh rujuk maklumat di bawah dengan teliti.

  1. Permohonan dibuka bermula 10 Januari 2024, jam 10.00 pagi hingga 16 Januari 2024, jam 12.00 tengah malam sahaja.
  2. Calon perlu mengisi permohonan dan membuat bayaran secara atas talian melalui sistem ini.
  3. Jika calon menghadapi masalah tentang pembayaran / sistem permohonan secara dalam talian sila e-mel ke [email protected].
  4. Pertanyaan selain masalah pembayaran / sistem permohonan secara dalam talian sila hubungi MPM di talian 0361261691 / 1692 atau e-mel ke [email protected].
  5. Keputusan rayuan semak semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my selepas 20 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja).
  6. MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Tarikh-Tarikh Penting Pendaftaran MUET 2024

Berikut adalah tarikh-tarikh penting peperiksaan MUET 2024 Bagi Sesi 1, Sesi 2 dan Sesi 3 yang dikeluarkan oleh MPM bagi komponen Ujian Lisan dan Ujian Bertulis.

PerkaraMUET Sesi 1MUET Sesi 2MUET Sesi 3
Pendaftaran Dibuka15 Januari 20242 Mei 20249 September 2024
Pendaftaran Ditutup15 Februari 20244 Jun 202411 Oktober 2024
Ujian Lisan (Speaking)16 April 2024,
17 April 2024,
18 April 2024,
22 April 2024,
23 April 2024,
dan
24 April 2024
23 Julai 2024,
24 Julai 2024,
25 Julai 2024,
29 Julai 2024,
31 Julai 2024, dan
1 Ogos 2024
26 November 2024,
27 November 2024,
28 November 2024,
2 Disember 2024,
3 Disember 2024,
dan 4 Disember 2024
Ujian Bertulis (Reading, Writing, dan Listening)27 April 20243 Ogos 20247 Disember 2024
MUET 2024: Semakan Keputusan MUET Sesi 3 2023 & Rayuan Semak Semula 2

Pendaftaran MUET boleh dilakukan secara dalam talian (online) dan bayaran untuk menduduki ujian ini adalah RM100.00 (Calon warganegara) dan RM350.00 (Calon bukan warganegara) dengan cara perbankan internet / kad kredit di pautan https://muet.mpm.edu.my.

Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan tarikh menduduki ujian pada slip daftar (MUET / D) melalui portal MPM mulai dan mencetaknya sebagai tiket untuk menduduki ujian.

Untuk maklumat lanjut berkaitan MUET dan MUET on Demand (MoD), sila layari laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau hubungi talian 03 – 6126 1600 atau e-mel ke [email protected] untuk mengajukan sebarang pertanyaan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More