Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023

Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023 akan dikeluarkan pada 12 Oktober 2023 ini, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan kepada Bernama pada 2 Oktober berkata, seramai 8,586 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Isi Kandungan

Sijil Peperiksaan Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023

KPM memberi peluang kedua untuk mengulang kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada calon yang gagal dalam SPM pada kali pertama.

Menurut Lembaga Peperiksaan Kebangsaan, jika telah memperoleh sekurang-kurangnya Bahasa Melayu dan E-level (tahap terendah) dalam mata pelajaran sejarah, pendaftaran peperiksaan SPM Ulangan lazimnya akan dibuka selepas pengumuman keputusan SPM.

Sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk urusan pendaftaran, bayaran dan untuk mendapatkan panduan selanjutnya.

Seperti yang kita sedia maklum, pendaftaran untuk peperiksaan SPMU bagi tahun 2023 telah dibuka pada 8 April hingga 16 Jun lalu dan tarikh pelaksanaan peperiksaan SPMU telah diadakan pada September 2023.

Terdapat 3 subjek yang ditawarkan untuk SPMU tahun 2023 yang lalu iaitu

  1. Bahasa Melayu.
  2. Sejarah.
  3. Matematik.

Ulangan peperiksaan tersebut hanya terbuka kepada calon yang ingin mengulang sahaja, iaitu kepada calon yang pernah menduduki SPM dan memperolehi gred / keputusan pada peperiksaan SPM sebenar.

Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023

Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023

  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, calon boleh membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023 secara dalam talian mulai pukul 10 pagi pada 12 Oktober 2023 (Khamis) sehingga pukul 6 petang, 18 Oktober 2023 (Rabu).
  • Calon boleh membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023 secara atas talian (online) di pautan berikut

>>>Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023<<<

  • Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPMUNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
  • KPM berkata, sistem itu akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 12 Oktober sehingga 6 petang pada 18 Oktober.
  • Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, anda boleh berhubung dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri masing – masing untuk mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPMU tahun 2022.
  • Rujuk manual semakan di pautan berikut

>>>Manual Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023<<<

Perkhidmatan Patching Sijil SPM

Bagi anda yang telah menduduki semula peperiksaan SPM dan ingin menggabungkan keputusan terbaik dalam satu sijil, anda boleh mendapatkan perkhidmatan patching sijil SPM melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023

Syarat – syarat permohonan bagi mendapatkan perkhidmatan patching sijil SPM ini adalah seperti berikut:

  1. Memiliki sijil peperiksaan SPM mulai tahun 2009.
  2. Telah menduduki dua atau lebih peperiksaan SPM.

Cara permohonan perkhidmatan patching sijil SPM ini pula adalah seperti berikut:

  • Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL.Pin 3/2020 yang boleh didapati di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Lembaga Peperiksaan (LP), Putrajaya atau dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan sendiri.
  • Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu membawa dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat permohonan perkhidmatan patching sijil SPM.
  • Pemohon WAJIB menyertakan salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM yang telah disahkan bagi setiap permohonan.
  • Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM dan salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan.
  • Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan.
  • Permohonan melalui pos hendaklah disertakan bersama – sama salinan kad pengenalan pemohon dan salinan Sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM yang telah disahkan.
  • Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 10, Blok E 11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
662604 Putrajaya
(u.p: Unit Kecil Sijil)

  • Sila sertakan 2 sampul surat beralamat sendiri berukuran 11cm x 22cm bersetem RM1.20 pada setiap sampul.
  • Pemohon digalakkan menyertakan sampul Pos Ekspres atau PosLaju bagi tujuan penghantaran sijil yang telah dibuat melalui proses patching secara pos.
  • Bayaran proses sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap pemohon.
  • Permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan Wang Pos atau Kiriman Wang atas nama ‘Akauntan Negara Malaysia’ atau boleh membuat pembayaran secara tunai di kaunter LP.
  • Cek persendirian tidak diterima.

Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023 ini, anda boleh hubungi di talian 03 – 8884 3787 / 03 – 8884 3745 / 03 – 8884 3785 atau rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Diharapkan perkongsian maklumat tentang Semakan Keputusan Peperiksaan SPMU 2023 ini dapat memberi kemudahan dan manfaat kepada anda. Selamat berjaya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More