Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Makluman Rasmi Semakan Keputusan Permohonan UPU 2025/2026

Semakan Keputusan Permohonan UPU 2025 bagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumum dan diputuskan.

Isi Kandungan

Semakan Keputusan Permohonan UPU 2025

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan SPM akan diumumkan pada 16 Jun 2025 (Isnin).

Keputusan permohonan UPU 2025 boleh disemak mengikut tarikh yang telah ditetapkan dalam takwim, iaitu seperti ketetapan berikut:

KategoriTarikh Semakan Keputusan
Lepasan SPM16 Jun 2025 (Isnin) 12.00 Tengah Hari – 25 Jun 2025 (Rabu) 5.00 Petang
Lepasan STPMMinggu Pertama September 2025

Pemohon boleh membuat Semakan Keputusan Permohonan UPU 2025 melalui pautan-pautan semakan seperti berikut:

Selain membuat Semakan Keputusan Permohonan UPU 2025 melalui laman web universiti, pemohon juga boleh menggunakan Aplikasi Mobile UPUPOCKET di telefon pintar.

Makluman Rasmi Semakan Keputusan Permohonan UPU 2025/2026 1

Jika anda menggunakan pautan universiti, pilih pautan yang anda mohon. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.

Log masuk dan semak keputusan yang tertera.

Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang telah ditetapkan.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian di IPTA atau MARA BPT adalah tidak dibenarkan dan tidak akan dipertimbangkan.

Pengesahan Setuju Terima Tawaran

Pengesahan persetujuan menerima tawaran boleh dibuat mulai 17 Jun 2025 sehingga 25 Jun 2025 melalui laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (MARA BPT).

Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan MARA BPT kepada calon yang berjaya bermula 17 Jun 2025, iaitu selepas calon membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

Makluman Rasmi Semakan Keputusan Permohonan UPU 2025/2026 2

Permohonan Rayuan

Pertimbangan bagi permohonan rayuan hanya akan dibuat sekiranya terdapat kekosongan tempat dalam program pengajian yang ditawarkan selepas proses pendaftaran pelajar baharu selesai.

Hanya pemohon yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat Sijil sahaja dibenarkan mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik menerusi Laman Rasmi BKPA, JPT dalam tempoh 10 hari bermula 16 Jun 2025, jam 12.00 tengah hari sehingga 25 Jun 2025, jam 5.00 petang.

Manakala, permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula perlu dikemukakan terus kepada institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline®.

Maklumat lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Semakan Keputusan Permohonan UPU 2025 ini, sila rujuk saluran berikut:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Makluman Rasmi Semakan Keputusan Permohonan UPU 2025/2026 3

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More