Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan Pertukaran Guru Bulan Jun

Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, semakan keputusan pertukaran guru bagi sesi Jun 2021 sudah boleh dibuat melalui e-Gtukar.

Guru-guru yang telah mengemukakan permohonan pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi sepanjang tahun (2021)

Sistem pengurusan guru (EGtukar) bagi modul pertukaran guru sepanjang tahun 2021/ 2022 iaitu yang terkini Sesi Jun 2021 di seluruh negeri Malaysia akan dibuka kepada capaian atas tujuan semakan keputusan status kelulusan dan penempatan kepada guru-guru yang telah membuat pertukaran ke negeri atau daerah pilihan

Untuk makluman, proses pertukaran guru melalui modul e-GTukar bagi tahun 2020 akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu sesi Jun 2020 dan sesi Januari 2021 dengan sekali permohonan sahaja.

Untuk memahami cara-cara memohon pertukaran anda boleh tekan disini.

Semakan Keputusan Pertukaran Guru Bulan Jun

Isi Kandungan

Permohonan Semakan Keputusan Pertukaran Guru Sesi Jun 2021

Semakan keputusan permohonan pertukaran guru terlibat bagi sesi Jun 2021 & Januari 2022 membabitkan Antara Negeri / Bahagian, Antara Daerah Dan Dalam Daerah adalah untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred seperti berikut

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

  • GRED DG29, DG32 (KUP TIME-BASED)
  • DG34 (KUP TIME-BASED)
  • DG38 (KUP TIME-BASED)
  • DG41, DG42, DG44 (KUP TIME-BASED)
  • DG48 (KUP TIME-BASED)
  • DG52 (KUP TIME-BASED)
  • DG54 (KUP TIME-BASED)

Cara Login & Semakan Keputusan Pertukaran Guru

Berikut adalah cara login eGTukar dan cara membuat permohonan pertukaran atau semakan Keputusan Pertukaran Guru.

Langkah 1: Daftar Masuk

Layari laman web eGTukar di pautan : https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutamanya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.

Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.

Langkah 2 : Terima Butiran Pendaftaran

Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.

Pengguna boleh terus ke ruangan LALUAN MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

Langkah 3 : Log Masuk

Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID Pengguna, Kata Laluan dan No. KP.

Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan
MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan.

Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.

Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih pautan Tukar Kata Laluan yang berada di laman utama e-GTukar. Semua ruangan wajib diisi.

Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna.

Langkah 4 : Mohon Pertukaran / Semakan Status

Pengguna yang ingin memohon pertukaran boleh membuat permohonan dalam tarikh yang ditetapkan.

Permohonan pertukaran guru bagi tahun 2020 melalui modul eGTukar akan dibuka pada 17 Februari 2020 hingga 17 Mac 2020 bagi sesi pertukaran Jun 2020 dan Januari 2021.

Adalah dimaklumkan bahawa maklumat pemohon perlu dikemaskini melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Pengurusan Guru eOperasi sebelum permohonan pertukaran dibuat.

Semakan status pertukaran boleh dibuat setelah tarikhnya diumumkan.

Langkah 5 : Log Keluar

Pengguna diingatkan supaya sentiasa klik pada pautan Log Keluar bagi menamatkan sesi penggunaan sistem.

Ini adalah langkah selamat agar tiada pihak yang cuba menyalahgunakan maklumat berkaitan.

Soalan Lazim (Semakan Keputusan Pertukaran Guru)

Nota : 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjelaskan bahawa pertukaran dan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara adalah berdasarkan kepada kepentingan-kepentingan Perkhidmatan

Prinsip yang digunakan KPM dalam melaksanakan proses Penempatan dan Pertukaran guru adalah berdasarkan kepada lebihan guru, kekurangan pengisian perjawatan guru dan keperluan opsyen di sesebuah negeri

  • Lebihan guru : Bermaksud terdapat lebihan pengisian guru di sesebuah negeri jika dibandingkan dengan perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat
  • Kekurangan Pengisian Perjawatan Guru : Bermaksud adanya sejumlah perjawatan guru yang masih kosong dan boleh diisi jika dibandingkan dengan jumlah perjawatan yang telah diluluskan oleh agensi pusat
  • Keperluan Opsyen : Bermaksud guru mengajar berdasarkan kepada bidang pengkhususan mereka

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More