Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2020

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2020 boleh mendapatkan pernyataan atau membuat Semakan Keputusan Sijil Tinggi Agama 2020 masing-masing pada satu tarikh pada bulan Jun 2021

Jika dahulu, keputusan hanya boleh diambil secara manual di sekolah, kini semakan keputusan boleh dibuat dengan beberapa kaedah lain. Kaedah tersebut termasuklah menerusi semakan secara online dan juga melalui SMS.

Isi Kandungan

Tarikh Dan Semakan Keputusan Sijil Tinggi Agama 2020 Secara Online Dan SMS

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat lengkap berhubung dengan tarikh rasmi keputusan STAM 2020 dikeluarkan serta cara untuk mendapatkan keputusan (result) STAM 2020 secara online (semakan dalam talian)

Tarikh Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020

  • Tarikh : 17 Jun 2021 (Khamis)
  • Masa : 10 pagi

Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi dari sumber kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Mekanisme Semakan Keputusan Sijil Tinggi Agama

Sistem aplikasi bagi semakan keputusan penuh STAM 2020 secara dalam talian (online) hanya diaktifkan bermula pada tarikh pengumuman rasmi dan boleh disemak di pautan berikut :

Semakan SMS :

  • Taip: STAM (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 68886
  • Contoh: STAM 0010237898 MQ027S025 hantar  ke 68886

Kaedah semakan secara SMS untuk ringkasan keputusan juga disediakan dan perkhidmatan akan diaktifkan dari jam 1000 pagi, 17 Jun 2021 sehingga jam 600 petang 23 Jun 2021

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Keputusan Penuh STAM 2019

Calon Sekolah : Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan

Calon Persendirian : Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STAM

Semakan Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2020

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More