Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan STAM Tahun 2023 Akan Dikeluarkan Pada 26 Mac 2024

Semakan Keputusan STAM bagi Tahun 2023 akan dikeluarkan bermula pada 26 Mac 2024, jam 10.00 pagi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat semakan keputusan dan cetakan slip keputusan calon serta cara untuk membuat rayuan semak semula keputusan.

Isi Kandungan

Apa Itu STAM?

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui sistem peperiksaan yang menggunakan sepenuhnya bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dalam peperiksaan.

Peperiksaan ini bertujuan untuk menguji pencapaian pelajar di sekolah seperti Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, kolej, institusi-institusi swasta dan persendirian sebelum diterima masuk ke program Ijazah pertama di Universiti Al-Azhar Mesir dan beberapa universiti tempatan mengikut bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.

Calon-calon STAM diuji berdasarkan

  • Kurikulum Ma’ ahad Bu’ uth Al-Islamiah Al-Azhar,
  • Republik Arab Mesir dalam bidang ilmu agama,
  • Al-Quran,
  • Hadis, dan
  • Bahasa Arab.

Satu memorandum persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Mesir telah dimeterai pada tahun 1999 untuk membolehkan KPM melaksanakan STAM mulai tahun 2000.

Objektif STAM adalah untuk

  • menilai pencapaian murid dalam aliran agama selepas mereka berjaya di peringkat SPM.
  • memberi peluang kepada calon untuk menyambung pengajian dalam bidang agama dan bahasa Arab di Universiti Al-Azhar atau universiti-universiti tempatan.
Semakan Keputusan STAM Tahun 2023 Akan Dikeluarkan Pada 26 Mac 2024 1

Tarikh Semakan Keputusan STAM 2023

Makluman semakan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2023 itu telah dimaklumkan oleh KPM melalui sebuah kenyataan media rasmi mereka.

KPM memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan STAM Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac 2024 (Selasa) dan seramai 4,058 orang calon telah berdaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2023 di 131 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Justeru, tarikh rasmi semakan keputusan STAM Tahun 2023 adalah pada tarikh dan waktu seperti ketetapan berikut, iaitu

  • Hari: Selasa, 26 Mac 2024.
  • Masa: 10.00 pagi.
Semakan Keputusan STAM Tahun 2023 Akan Dikeluarkan Pada 26 Mac 2024 2
Semakan Keputusan STAM

Cara Membuat Semakan Keputusan STAM 2023

Terdapat 3 cara semakan bagi calon-calon untuk mendapatkan keputusan peperiksaan STAM mereka.

Sila rujuk langkah-langkah semakan seperti di bawah.

Semakan Di Sekolah Masing-Masing– Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada 26 Mac 2024.
– Manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama. Calon juga boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Semakan Dalam Talian (Online)Calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan dan mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2023 mulai pukul 10.00 pagi pada 26 Mac 2024 sehingga pukul 6.00 petang pada 1 April 2024 melalui kaedah secara dalam talian (online) di pautan berikut:
>>>Semakan Keputusan STAM Tahun 2023<<<
Semakan Secara Sistem Pesanan Ringkas (SMS)Kaedah semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan keputusan peperiksaan STAM Tahun 2023 juga boleh dibuat dengan menaip 
STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran 
dan hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 26 Mac 2024 sehingga pukul 6.00 petang pada 1 April 2024.

Rayuan Semak Semula Keputusan STAM 2023

Bagi calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan STAM 2023, tarikh penyemakan semula akan dibuka pada satu tarikh yang akan diumumkan.

Untuk membuat permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan STAM 2023, calon boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang melalui laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  2. Menghantar semula borang permohonan semakan semula yang telah lengkap melalui pos atau serahan tangan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  3. Keputusan akan dimaklumkan melalui pos.

Tempoh permohonan semakan semula akan dibuka 30 hari bermula dari tarikh pengumuman keputusan.

Caj RM100 bagi semakan semula setiap mata pelajaran akan dikenakan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Semakan Keputusan STAM 2023 ini, sila rujuk kenyataan rasmi Kementerian Peperiksaan Malaysia (KPM) di Laman Rasmi KPM dari semasa ke semasa.

Keputusan adalah muktamad, semoga berjaya!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More