Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Keputusan UPKK Bagi Tahun 2022

Semakan Keputusan UPKK Bagi Tahun 2022 sudah tidak lama lagi. Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun lima (5) dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat serta Asas Lughatul Quran.

UPKK merupakan peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) di seluruh Malaysia.

UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.

Peperiksaan itu malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang menjadi pilihan ibu bapa ketika ini.

Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.

Justeru, UPKK ini antara salah satu peperiksaan penting kepada pelajar-pelajar untuk penentu masa hadapan mereka.

Semakan Keputusan UPKK Bagi Tahun 2022

Isi Kandungan

Tarikh Semakan Keputusan UPKK Bagi Tahun 2022

  • Tarikh rasmi pengumuman keputusan UPKK bagi tahun 2022 adalah pada 9 Mac 2023 (Khamis)

Cara Semakan Keputusan UPKK Bagi Tahun 2022

Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2022 boleh disemak melalui 2 kaedah berikut:

KAEDAH 1 – SEMAKAN ONLINE DI PORTAL SIMPENI

KAEDAH 2 – SEMAKAN MELALUI SMS 15888

Laman Web Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) di capaian:

simpeni.islam.gov.my

atau

>Portal Simpeni<<<

Langkah-langkah Semakan Keputusan UPKK Bagi Tahun 2022:

  1. Anda boleh melayari laman web di atas dengan menekan link pautan yang disediakan untuk membuat semakan keputusan Kelas KAFA anak anda.
  2. Masukkan kad pengenalan anak anda.
  3. Masukkan kod keselamatan yang terpapar di skrin anda.
  4. Tekan butang semak keputusan.
  5. Skrin anda akan memaparkan 8 jenis subjek yang diambil beserta gred yang dicapai oleh anak anda.
  6. Muat turun dan simpan dalam simpanan anda untuk kegunaan perkara lain.
  7. Selesai.

Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS)

UPKK <jarak> No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas dan hantar
ke 15888

 

Langkah-langkah Semakan Keputusan UPKK Bagi Tahun 2022:

  1. Anda perlu menaip perkataan yang ditunjukkan di atas.
  2. Ikuti dengan betul dan tekan hantar.
  3. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul.
  4. Anda akan menerima mesej balas berkaitan keputusan UPKK anak anda.
  5. Simpan dalam simpanan anda untuk kegunaan perkara lain.
  6. Selesai.

Penggunaan Keputusan UPKK

Nanti, apabila anak-anak kita sudah mendapatkan keputusan UPKK mereka, jadi, di mana kita boleh menggunakan keputusan ujian UPKK tersebut? Disini admin kongsikan keperluan untuk penggunaan keputusan UPKK anak-anak anda untuk masa hadapan.

Anda sebagai ibu bapa boleh menggunakan keputusan UPKK anak-anak anda bagi tujuan:

  1. Permohonan kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Berasrama Penuh.
  2. Permohonan kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama.
  3. Permohonan kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan.
  4. Permohonan zakat untuk murid cemerlang.
  5. Permohonan anugerah/biasiswa/elaun.
  6. Dan lain-lain.

Jadi, simpanlah dengan baik sijil atau cetakan semakan keputusan Kelas KAFA anak-anak anda. Selain itu, anda juga boleh membaca berkenaan info-info terkini pendidikan yang mungkin akan berkait dengan anak-anak anda DI SINI.

Adakah Perlu Untuk Mendaftarkan Anak Ke Kelas KAFA?

Secara kesimpulannya, perlu atau pun tidak untuk seseorang anak-anak yang berumur 10 hingga 12 tahun dihantarkan ke kelas KAFA?

Jawapannya adalah AMAT DIGALAKKAN untuk menghantar anak-anak anda ke kelas KAFA dan menduduki UPKK. Hal ini kerana, di sinilah peringkat mereka akan mempelajari ilmu agama dari permulaan kerana mereka akan mempelajari dan didedahkan dengan segala aspek berkaitan ibadah, akidah, tauhid, adab, sirah zaman nabi terdahulu bahkan berkaitan bahasa Arab.

Percaya atau tidak, anda mampu menjadikan anak anda lebih baik. Akan tetapi, tiada sebarang paksaan untuk ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas KAFA tetapi ini adalah salah satu inisiatif terbaik untuk permulaan masa hadapan mereka. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, buatlah dan rancanglah yang terbaik buat anak-anak anda. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk memberi didikan yang sepatutnya.

Buat Semakan Keputusan UPKK Bagi Tahun 2022 Anak Anda 

Diharapkan agar perkongsian berkaitan cara membuat Semakan Keputusan UPKK Bagi Tahun 2022 ini memudahkan ibu bapa untuk membuat semakan keputusan anak-anak anda. Berbanggalah dengan keputusan anak-anak anda.

Diharapkan agar ibu bapa tidak berhenti sehingga di kelas KAFA sahaja untuk mengajar anak-anak anda berkaitan ilmu agama. Didiklah mereka sepanjang masa. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Corakkanlah mereka dengan kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More