Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Status Dan Tarikh Pembayaran GKP Geran Khas Prihatin 2020

Isi Kandungan

Tarikh Pembayaran GKP : Semakan Status Dan Tarikh Bayaran

APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN?

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Geran Khas Prihatin (GKP) merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu peniaga kecil dan sederhana di Malaysia.

Semakan Status Dan Tarikh Pembayaran GKP Geran Khas Prihatin 2020 1
Tarikh Pembayaran GKP Tarikh Pembayaran GKP Tarikh Pembayaran GKP

GKP ini membantu peniaga dari segi pembayaran bantuan tunai kepada mereka yang layak.

Bayaran sebanyak RM3000 secara one-off diberikan kepada mereka yang lulus permohonan ini.

Para permohon perlu menepati syarat yang diperlukan untuk memerlukan permohonan anda diterima dan diluluskan.

Sebelum anda membuat permohonan, apa kata lihat dulu syarat-syarat kelayakan Geran Khas Prihatin.

SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN

 

Siapakah yang layak mohon Geran Khas PRIHATIN (GKP)?

  1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
    mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
      RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
      dan
  3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
    Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
  4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
  5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian
    Kewangan Malaysia.

KADAR NILAI GERAN KHAS PRIHATIN

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

CARA SEMAKAN STATUS GERAN KHAS PRIHATIN

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020. Pemohon perlu membuka akaun di dalam web Geran Khas Prihatin di secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM.

TARIKH SEMAKAN DAN PEMBAYARAN

Semakan boleh dibuat bermula pada 03 Jun 2020

Pembayaran akan dibuat bermula pada 15 Jun 2020

Sila semak secara online melalui pautan berikut : https://gkp.hasil.gov.my/

SOALAN LAZIM SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN

1.Bila Tarikh semakan Geran Khas Prihatin GKP?

Tarikh semakan Geran Khas Prihatin (GKP) ialah pada 03 Jun 2020.

2. Tarikh pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP)?

Pembayaran bagi permohonan yang lulus adalah pada 15 Jun 2020.

3. Kadar Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP)?

Kadar pembayaran yang akan dibayar kepada pemohon yang lulus adalah berjumlah RM3000 dan dibayar secara one off.

4. Bagaimana pembayaran dilakukan?

Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaunbank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Baca juga Cara Membuat Permohonan Baharu Geran Khas Prihatin

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More