Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Tawaran Kemasukan TVET MARA Sesi Januari 2024

Semakan Tawaran Kemasukan TVET MARA Sesi Januari 2024 akan dibuka mulai 24 November 2023 ini.

Makluman penting kepada anda yang telah membuat permohonan untuk melanjutkan pengajian ke TVET MARA iaitu KKTM, MJII & IKM bagi sesi pengajian Januari 2024, semakan keputusan tawaran samada berjaya atau sebaliknya hanya valid bermula pada 24 November ini.

Jika semakan dibuat sebelum tarikh tersebut, permohonan anda adalah masih belum diproses dan akan keluar sebagai permohonan tidak berjaya.

Sekiranya keputusan permohonan tidak berjaya, anda masih berpeluang untuk memohon dengan menekan butang rayuan.

Justeru, berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Semakan Tawaran Kemasukan TVET MARA Sesi Januari 2024 bagi permohonan kemasukan ke KKTM, MJII dan IKM melalui Portal TVET MARA.

Isi Kandungan

Apa Itu TVET MARA?

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

Daripada asalnya dikenali sebagai “sekolah tukang” ketika zaman RIDA iaitu pusat latihan yang melahirkan pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang, pendidikan kemahiran MARA terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan tuntutan industri dan keperluan pembangunan ekonomi negara.

Penglibatan MARA dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah kesinambungan dari zaman RIDA di mana usaha MARA menubuhkan IKM pada penghujung era 60-an dan enam buah lagi dekad 70-an boleh disifatkan sebagai pencetus kepada wujudnya pendidikan teknikal berteraskan keperluan industri.

Walau bagaimanapun, cabaran utama MARA pada ketika itu bukanlah sekadar kesukaran untuk membangunkan institusi pendidikan berteraskan kemahiran yang terawal semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu adalah untuk mengubah paradigma belia Bumiputera pada dekad awal kemerdekaan.

Semakan Tawaran Kemasukan TVET MARA Sesi Januari 2024

Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan TVET MARA Sesi Januari 2024

  • Tarikh Semakan Tawaran Kemasukan TVET MARA Sesi Januari 2024 iaitu bagi tawaran ke KKTM, MJII dan IKM adalah pada 24 November 2023 (Jumaat).
  • Sila layari laman web rasmi di pautan berikut untuk membuat semakan

>>>Semakan Tawaran Kemasukan TVET MARA Sesi Januari 2024<<<

Semakan Tawaran Kemasukan TVET MARA Sesi Januari 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Semakan Tawaran Kemasukan TVET MARA Sesi Januari 2024 ini, sila salurkan pertanyaan anda melalui talian yang terpapar dalam poster infografik di bawah:

Semakan Tawaran Kemasukan TVET MARA Sesi Januari 2024

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA, Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur.

Diharapkan info terkini tentang Semakan Tawaran Kemasukan TVET MARA Sesi Januari 2024 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More