Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023

Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 kini telah dibuka mulai 22 November 2023, bermula 10 pagi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 tersebut.

Empat kemahiran yang diuji dalam UPBMG ialah:

  1. Kemahiran Mendengar
  2. Kemahiran Bertutur
  3. Kemahiran Membaca
  4. Kemahiran Menulis

Keempat-empat komponen kemahiran bahasa tersebut digunakan dalam menentukan tahap kompetensi bahasa dalam KSBM. Keempat-empat kemahiran di atas diuuji dalam UPBMG berdasarkan format dan kaedah berikut:

Kemahiran Mendengar

  • Mendengar maklumat daripada sesuatu idea yang kritis dalam pelbagai bahan yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Mendengar maklumat daripada sesuatu idea kritis dalam pelbagai bahan yang kompleks menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Mendengar maklumat daripada bahan pelbagai tema dan situasi yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Kemahiran Bertutur

  • Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam sesuatu situasi.
  • Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam menyampaikan idea yang kreatif.
  • Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya secara santun, fasih dan spontan dalam membuat penilaian secara kritis terhadap bahan pelbagai tema.

Kemahiran Membaca

  • Membaca pelbagai bahan yang kompleks yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai tema yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Membaca bahan yang kompleks daripada pelbagai bidang yang menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Kemahiran Menulis

  • Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi idea yang kompleks dan berstruktur dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.
  • Menulis bahan prosa atau kreatif yang mengandungi olahan pemikiran kritis dengan menggunakan bahasa Melayu tinggi dan berbudaya.

Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 1

Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023

  • Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 boleh dibuat mulai 22 November 2023 (Rabu) bermula jam 10.00 pagi.
  • Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 boleh dibuat melalui langkah berikut:
    1. Semakan melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
    2. Laman Utama > Calon Peperiksaan > UPBMG > Semak Keputusan UPBMG

Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 ini, sila rujuk saluran berikut:

Diharapkan info terkini tentang Semakan Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More