Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Semenanjung Malaysia Ketiadaan Zon Hijau

Kuala Lumpur: Tiada lagi daerah dikategorikan sebagai zon hijau di Semenanjung Malaysia manakala empat negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Melaka berada dalam zon merah penularan Covid-19 sepenuhnya, setakat semalam.

Berdasarkan taburan kes Covid-19 dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam laman Facebook hari ini, dalam tempoh 14 hari sejak 5 Mei hingga semalam, bilangan kes positif di Malaysia adalah berjumlah 57,089 kes.

Keseluruhan jumlah kes positif setakat hari ini ialah 485,496 kes.

“Lapan daerah di Semenanjung berstatus jingga iaitu Langkawi, Kampar, Jelebu, Kuala Pilah, Rompin, Bera, Lipis dan Marang sementara daerah yang berstatus kuning ialah Kangar, Perak Tengah, Mersing, Cameron Highlands, Maran, Hulu Terengganu, Kemaman, Gua Musang, Padang Terap dan Sik,” kata KKM.

Sabah menjadi negeri paling banyak zon hijau dengan lapan daerah iaitu Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Kuala Penyu, Tongod, Telupid dan Beluran.

Sementara di Sarawak, terdapat lima daerah berada dalam kategori zon hijau iaitu Simunjan, Asajaya, Kabong, Marudi dan Telang Usan.

Daerah berstatus hijau mencatatkan sifar kes, kuning (1-20 kes), jingga (21-40 kes) dan merah 41 kes atau lebih.

Sumber Harian Metro

Artikel lain: Kes Covid-19 Tertinggi Di Malaysia Hari ini

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More