Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Nestle Tawarkan Gaji Seumur Hidup RM3000 Sebulan

Isi Kandungan

Nestle tawar gaji seumur hidup: RM3,000 sebulan

Peraduan ini dinamakan Nestle Gaji Seumur Hidup dan anda berpeluang untuk menang hadiah utama berupa “gaji seumur hidup” yang ditawarkan untuk dua pemenang yang masing-masing bakal menerima RM3,000 setiap bulan untuk tempoh maksimum sehingga 35 tahun.

Peraduan ini akan berlangsung sehingga 30 April 2020 dan anda masih mempunyai banyak masa untuk sertai peraduan ini. Mana tahu rezeki anda untuk menang gaji RM3000 seumur hidup dari mereka kan?

Maka, sempena Perintah KPK yang dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020, jom sama-sama kita cuba nasib dengan menyertai peraduan ini. Terutamanya pelanggan setia mereka..

Peraduan yang dianjurkan ini adalah salah satu inisiatif mereka. untuk menghargai pelanggan-pelanggan setia produkNestle seperti Milo, Nestum, Susu Lactogen, Kit Kat dan banyak lagi.

Nestle

Cara-cara Menyertai Peraduan Nestle

Langkah 1: Beli sebarang produk NESTLÉ® yang turut serta bernilai minima RM15 dalam 1 (satu) resit. Setiap RM15 layak untuk 1 penyertaan.

Langkah 2: Jawab soalan berikut

Soalan

“Terdapat 3 Pemenang Hadiah Utama bagi PERADUAN ® GAJI SEUMUR HIDUP* ini.
Betul atau Salah?”

Langkah 3: Penyertaan melalui aplikasi WhatsApp

  1. TULIS nama penuh anda, nombor MyKad dan jawab dengan betul satu soalan di atas resit asal (RM15 keatas produkNESTLÉ® turut serta).
  2. Tangkap gambar resit dalam satu format imej. Lampiran PDF akan dibatalkan.
  3. Gambar MESTI lengkap dengan butir peribadi dan tertera dengan jelas nama gedung, tarikh pembelian dan jumlah pembelian.
  4. Hantar imej melalui WhatsApp ke nombor 013-2322168.
  5. Penganjur TIDAK AKAN menghantar laporan perakuan penerimaan penyertaan melalui WhatsApp.
  6. Simpan resit asal (hard copy) untuk pengesahan.

NOTA: Butir Peribadi MESTI ditulis dengan jelas diatas resit dan tidak dihantar sebagai kapsyen untuk layak.

Jika ruang tidak mencukupi di atas resit, anda boleh menulis butiran anda serta jawapan di atas sekeping kertas dan tangkap gambar bersama resit anda.

Langkah 4: Atau Muat Turun Borang Penyertaan di sini.

Lengkapkan borang penyertaan, jawab 1 soalan, sertakan resit bercetak asal dalam 1 sampul surat dan lekatkan setem yang mencukupi. Hantarkan melalui pos biasa sahaja ke alamat berikut:

PeraduanNESTLÉ® Gaji Seumur Hidup*
Nestlé Products Sdn. Bhd.
Peti Surat 8812
Pejabat Pos Kelana Jaya
46798 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Langkah 5: Pengumuman pemenang akan dimuat naik di laman ini, jadi pastikan anda sentiasa menyemaknya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More