Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Servis Ihsan MADANI 2025: Diskaun Kos Penyelenggaraan Kenderaan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Servis Ihsan MADANI untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Servis Ihsan MADANI?

Servis Ihsan MADANI (SIM) merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Program Payung RAHMAH yang bertujuan untuk membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk mengurangkan beban kos sara hidup berhubung kos penyelenggaraan kenderaan.

Program SIM ini merupakan program kerjasama di antara KPDN dengan tiga (3) pemain utama dalam industri automotif di Malaysia iaitu:

  1. PETRONAS Dagangan Berhad melalui Servis Ihsan MADANI@PETRONAS AutoExpert (SIM@PAX).
  2. Perodua Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) melalui Servis Ihsan MADANI@PERODUA (SIM@PERODUA).
  3. Proton Edar Sdn. Bhd. (PROTON) melalui Servis Ihsan MADANI@PROTON (SIM@PROTON).

Cara Mendapatkan SIM@PAX

SIM@PAX menawarkan pakej penyelenggaraan kenderaan dan pengurangan harga minyak pelincir jenis mineral, semi sintetik serta diesel di bengkel-bengkel PETRONAS AutoExpert, pada harga 10% hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.

SIM@PAX dilaksanakan pada setiap musim perayaan / sambutan utama di Malaysia iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Hari Deepavali, Hari Krismas dan Hari Kebangsaan.

SIM@PAX sempena Hari Kebangsaan akan dilaksanakan bermula 17 Ogos 2025 sehingga 30 Ogos 2025.

Semua warganegara Malaysia, melakukan tempahan menggunakan aplikasi SETEL dan pelaksanaan di bengkel-bengkel PETRONAS AutoExpert terpilih di seluruh negara layak untuk mendapatkan SIM@PAX ini!

Untuk mendapatkan SIM@PAX ini mudah sahaja!

Anda perlu membuat janji temu dan penempahan slot pakej servis melalui aplikasi SETEL sekurang-kurangnya satu (1) hari sebelum tarikh servis.

Pihak PETRONAS AutoExpert akan menghubungi anda untuk urusan selanjutnya. Sebarang pertanyaan sila hubungi Mesralink di talian 1300-88-8181.

Servis Ihsan MADANI 2025: Diskaun Kos Penyelenggaraan Kenderaan 1

Cara Mendapatkan SIM@PERODUA

KPDN dengan kerjasama PERODUA menawarkan pakej istimewa melalui SIM@PERODUA untuk kenderaan seperti:

  • Diskaun pakej penyelenggaraan kenderaan pada harga 10% hingga 30% lebih rendah berbanding harga pasaran semasa untuk servis asas.
  • E-Baucar RM20 PERCUMA untuk servis seterusnya.

SIM@PERODUA ini akan dilaksanakan selama 20 hari pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu bermula 19 Ogos 2025 sehingga 1 Oktober 2025.

Item perkhidmatan servis asas adalah:

  1. Minyak Enjin.
  2. Penapis Minyak.
  3. Gasket.
  4. Labour.

Semua warganegara Malaysia dan pengguna kenderaan PERODUA layak untuk mendapatkan SIM@PERODUA ini!

Untuk mendapatkan SIM@PERODUA ini mudah sahaja!

Muat turun aplikasi UFirst, pilih pusat servis PERODUA berdekatan dan tempah janji temu anda sekarang atau anda juga boleh datang terus ke Pusat Servis PERODUA berdekatan secara walk-in (tertakluk kepada kekosongan slot).

Servis Ihsan MADANI 2025: Diskaun Kos Penyelenggaraan Kenderaan 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Servis Ihsan MADANI ini, sila rujuk portal rasmi Servis Ihsan MADANI (SIM) dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More