Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Shopping di Tesco guna aplikasi whatsapp

Shopping di Tesco? Disebabkan perintah kawalan pergerakan sekarang ini ramai para isteri yang mengeluh kerana susah mengharap pada suami yang tidak mengenali barang yang telah di senaraikan untuk membeli. Kini anda tidak perlu risau, tesco telah membuat bantuan mudah. Anda order, ketua keluarga hanya pergi ambil dan bayar sahaja.

Paling senang dan convenient sebab hanya menggunakan kaedah WhatsApp. Korang bagi list panjang berjela dekat personal shopper Tesco berdekatan, lepas tu dia akan sediakan barang barang yang korang nak beli.

Shopping di Tesco

Kalau ada barang atau jenama yang tak ada dekat Tesco yang korang nak pergi tu, dorang akan cadangkan jenama lain yang berkaitan. Nak mudah, bagi la list yang spesifik sikit dan boleh refer barang barang dekat apps MY Tesco Online. Harga barang sama macam dekat mana mana Tesco dan tak ada cas lebih untuk personal shopper.

Dah setuju dengan barangan yang nak dibeli, personal shopper Tesco ni akan sediakan barcode berserta amaun yang perlu dibayar.

Barcode yang diberikan akan valid dalam tempoh 30 minit, jadi korang kena bagi tahu pukul berapa akan ambil barang yang ingin dibeli.

Sampai je Tesco berdekatan, pergi sevice counter dan dorang akan tunjuk troli beserta barang barang korang yang dah tersedia di scan. Lepas tu terus ke kaunter dan bayar ikut amaun barcode yang personal shopper WhatsApp tadi. Beratur pun tak payah sebab dah disediakan kaunter istimewa untuk pelanggan “Order & Collect”.

Selesai.

Apa yang tak best, aku tak boleh nak collect clubcard point. Benda ni aku dah complain dan personal shopper Tesco tu dah rujuk dengan HQ. Then, tiada istilah memilih. Aku tak boleh nak pilih warna berus gigi Zara, dorang main ambil je dan tak dapat la warna pink kegemarannya. Redho je la.

Kesimpulannya, banyak pasaraya raya yang membantu pelanggan untuk membeli barang dengan cepat dan mudah. Ini juga dapat memastikan kita tidak berada di sesuatu tempat pada jangka masa yang lama. Para suami pun tidak pening kepala, mereka hanya ambil dan bayar. Para isteri juga akan gembira semua barang mereka order telah tersedia. Di sini juga disediakan senarai nombor whatsapp personal shopper tesco berdekatan anda.

Shopping di Tesco guna aplikasi whatsapp 1

Shopping di Tesco guna aplikasi whatsapp 2

Shopping di Tesco guna aplikasi whatsapp 3

kredit : Ariff Iskandar Sa’id

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More