Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Siaran TV Pendidikan Bermula Hari Ini

TV Pendidikan: Corak pembelajaran alaf baru untuk pelajar di Malaysia. Menyedari ramai pelajar mempunyai banyak masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) satu inisiatif diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Televisyen Pendidikan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah seharusnya dipuji.

Bermula hari ini, jam 9.00 pagi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah memperkenalkan slot TVPendidikan. Ini adalah satu usaha tambahan kepada siaran Eduweb TV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming.

Menariknya, slot TVPendidikan ini merupakan usaha untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternative selain daripada pembelajaran dalam talian terutamanya semasa lanjutan PKP.

Isi Kandungan

SUSUNAN JADUAL PROGRAM RANCANGAN TV PENDIDIKAN (TV OKEY)

Anda semua boleh merujuk jadual di laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Siaran menerusi TV OKEY iaitu salah satu daripada saluran di RTM.

Ia juga boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV, menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI dan di capaian internet melalui laman sesawang www.myklik.rtm.gov.my

TV Pendidikan kini kembali lagi, ia merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu memastikan murid-murid yang berada di rumah dapat menonton siaran yang berfaedah terutamanya mereka yang tidak mempunyai capaian internet di rumah.

Saluran Tv Pendidikan ini juga dapat membantu ibu-bapa yang mahukan anak-anaknya menonton siaran yang memberi manfaat terutamanya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Di mana saya boleh tonton Tv Pendidikan Okey?

Saluran myfreeview : 110
Astro : 146
Unifi Tv : 110
Di website : www.myklik.rtm.gov.my

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More