Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia

Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia (STO)

Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia adalah satu sistem permohonan janji temu untuk pelanggan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Semua pejabat dan kaunter Jabatan Imigresen Malaysia yang terpilih di negeri-negeri di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya menerima pelanggan yang telah mendaftar melalui Sistem Temujanji Online Imigresen Malaysia sahaja.

Perkhidmatan secara janji temu ini dilaksanakan demi memastikan langkah pencegahan penularan pandemik COVID-19 dapat dipatuhi, terutama dari segi penjarakan fizikal selain mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan.

Permohonan temujanji online boleh dilakukan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia melalui pautan Sistem Temujanji Online (STO) di pautan berikut: http://sto.imi.gov.my/

 

Cara Memohon Temujanji Secara Online

 

Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia

Bagi memastikan prosedur dan SOP dipatuhi, pelanggan harus memohon untuk mendapatkan tarikh temujanji sebelum hadir ke pejabat Jabatan Imigresen Malaysia. Langkah berikut boleh dilakukan bagi mendapatkan tarikh temujanji melalui Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia:

  1. Layari laman web Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia di pautan ini: http://sto.imi.gov.my/
  2. Pilih menu Permohonan Temujanji
  3. Masukkan alamat e-mel dan tekan Teruskan
  4. Isi borang Permohonan Temujanji.
  5. Semua medan adalah wajib di kunci masuk oleh pemohon.
    • Nama, No. Pengenalan, Alamat Lengkap, No. Telefon, Emel dan semua butiran temujanji.
    • Maklumat yang tidak lengkap/tidak sah akan menyebabkan permohonan tidak dilayan.
    • JIM berhak untuk menolak mana – mana permohonan yang didapati tidak lengkap / tidak sah.
  6. Klik butang Hantar
  7. Semak butiran dalam Slip Temujanji
  8. Bawa Slip Temujaji ketika berurusan di kaunter cawangan Jabatan Imigresen Malaysia

Terma dan Syarat

 

Terma dan syarat bagi Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain;
  2. Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;
  3. Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;
  4. Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
  5. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
  6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
  7. Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
  8. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
  9. URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.
  10. Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

 

Untuk sebarang pertanyaan mahupun maklumat lanjut, anda boleh pilih antara cara berikut:

  1. Portal Rekalibrasi : https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main
  2. Sistem Maid Online (SMO) : https://maid-online.imi.gov.my/maid/main
  3. My Travel Pass : https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main
  4. [email protected] : https://imigresen-online.imi.gov.my/plks/main

 

Pastikan anda menggunakan Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia sebelum anda berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia, bagi memudahkan urusan anda, serta mematuhi SOP PKP bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19.

 

Artikel berkaitan:

Info Terkini Covid 19 Di Malaysia | 5 Februari 2021

TERKINI – Iklan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Disember 2020

PKP 2.0 Dilanjutkan Hingga 18 Februari

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More