Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SKDS 2.0: Permohonan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi Fasa 2

Berikut dikongsikan mengenai permohonan SKDS 2.0 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Mengenai SKDS 2.0

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 kepada sembilan (9) jenis kenderaan sektor pengangkutan darat.

Fasa kedua ini merupakan kesinambungan daripada projek rintis SKDS 1.0 dengan enam (6) syarikat sebelum ini.

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi ini diperkenalkan bagi menangani risiko ketirisan serta penyeludupan diesel bersubsidi dengan lebih cekap.

Januari lalu, fasa pertama bagi projek itu berjaya dilaksanakan dengan penglibatan daripada enam (6) syarikat perintis dalam sektor pengangkutan darat (barangan).

KPDN dan Kementerian Kewangan (MOF) juga sedang meneliti keperluan perluasan projek berkenaan bagi jenis kenderaan sektor pengangkutan darat (barangan) lain yang bersesuaian bagi menangani risiko ketirisan serta penyeludupan diesel bersubsidi dengan lebih cekap.

Permohonan SKDS 2.0 boleh mula dibuat mulai 7 Mac 2024 sehingga 31 Mac 2024.

SKDS 2.0: Permohonan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi Fasa 2 1
SKDS 2.0

Sektor Manakah Yang Mendapat Manfaat Subsidi?

Kerajaan menerusi SKDS 2.0 melaksanakan pemberian kuota diesel bersubsidi kepada Sektor Pengangkutan Terpilih seperti berikut:

Sektor Pengangkutan Darat (Awam)
Sektor Pengangkutan Darat (Barangan)
Sektor Bot Penumpang Sungai
Sektor Feri / Bot ke Pulau-Pulau Utama

Struktur pembekalan sedang disemak semula bagi sektor bot penumpang sungai dan feri di pulau utama.

Jenis Kenderaan

Kenderaan yang terlibat untuk fasa kedua ini membabitkan

  • Penggerak Utama.
  • Lori Kargo Am.
  • Lori Minuman Botol.
  • Lori Ais (Refrigerated).
  • Lori Luton / Kotak.
  • Lori Tangki Tepung.
  • Lori Tangki Air.
  • Van Panel.
  • Van ‘Window’.
SKDS 2.0: Permohonan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi Fasa 2 2
SKDS 2.0

Syarat Kelayakan Permohonan

Hanya syarikat-syarikat yang memenuhi kesemua syarat kelayakan di bawah akan dipertimbangkan untuk SKDS 2.0 ini, iaitu

  1. Syarikat hendaklah berdaftar di Malaysia.
  2. Kenderaan barangan adalah milik syarikat pemohon.
  3. Kenderaan barangan hendaklah mempunyai cukai jalan yang sah.
  4. Kenderaan barangan dalam sembilan (9) jenis kenderaan yang disenaraikan terlibat dalam Fasa II Projek Rintis.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan subsidi diesel bagi sembilan (9) jenis kenderaan barangan oleh syarikat-syarikat pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia kini telah dibuka dan permohonan boleh mula dibuat oleh syarikat di dalam Sistem MySubsidi Diesel mulai 7 Mac 2024, jam 9.00 pagi atau boleh terus tekan pautan berikut:

>>>Permohonan SKDS 2.0<<<

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan SKDS 2.0 ini, sila rujuk kepada Pusat Panggilan Sistem MySubsidi Diesel di talian 03 – 8882 5917 / 6176 / 5894 / 5893 bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang pada hari bekerja.

Bagi sebarang persoalan mengenai permohonan Fleet Card syarikat-syarikat minyak boleh terus dirujuk melalui platform perhubungan seperti berikut:

  • Petronas (1-300-88-8181)
  • Shell (1-300-22-8181)
  • Petron (1-800-88-8298)
  • Caltex (1-800-88-3168)
  • BHP (03-77199499)

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More