Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SKIM ASUH PINTAR 2021| Bantuan Yuran Taska & Nurseri RM100 Sebulan

Skim Asuh Pintar

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah membuka permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Skim Asuh Pintar) bagi tahun 2021.

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

ASUH PINTAR (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR)

SKIM ASUH PINTAR

Syarat Kelayakan Skim Asuh Pintar

SKIM ASUH PINTAR

**Tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut. Sebagai contoh permohonan untuk manfaat bulan Mac 2021 wajib dihantar sebelum atau pada 15 Mac 2021.

Cara Permohonan Skim Bantuan Asuh Pintar 2021

Permohonan kali pertama boleh klik di  sini  untuk membuat permohonan online

Bagi permohonan anak asuhan tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian (online) dan dokumen sokongan lengkap WAJIB disertakan adalah seperti berikut;

  • Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem
  • salinan sijil kelahiran anak yang dipohon
  • salinan MyKad Ibu
  • salinan MyKad Bapa
  • slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
  • slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
  • cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)
  • salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

*Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut:

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel 03-5481 8800

Senarai Taska Yang Berdaftar

Untuk melihat senarai taska yang berdaftar atau bagi yang baru hendak mendaftar taska sila klik Disini

Semakan Status Skim Asuh Pintar 2021

Borang dan dokumen permohonan akan diproses mengikut modus operandi seperti dalam infografik di bawah:

Ibu bapa yang ingin membuat semakan status permohonan Asuh Pintar boleh klik Disini

Maklumat Lanjut

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

Talian hotline: 03 5481 8800

E-mel : [email protected]

Facebook: Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 03-5481 8800 atau melayari laman web http://asuhpintar.yawas.my untuk info lanjut.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More