Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Bantuan Rumah RM45,000 LZNK

SKIM BANTUAN RUMAH LZNK & BIMB (Pembiayaan Peribadi-i Asnaf Zakat) KINI DIBUKA!

Skim bantuan ini khusus untuk rakyat negeri Kedah yang mempunyai gaji/elaun tetap bulanan antara RM1200 hingga RM1500.

Skim bantuan ini merupakan kerjasama strategik bersama Bank Islam Malaysia Berhad membiayai perumahan asnaf melalui Pembiayaan Peribadi – i (Asnaf Zakat).

skim

Syarat Kelayakan Skim Bantuan Rumah LZNK

  1. Individu beragama Islam,
  2. Warganegara Malaysia dan bermastautin serta bekerja di Negeri Kedah (sekurangkurangnya (2) dua tahun)
  3. Setiap pemohon dan pasangan hendaklah bergaji/elaun tetap tidak kurang daripada
    RM1,200.00 dan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan serta mempunyai Slip Gaji.
    (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00)
  4. Berumur 25 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dan telah berkahwin.
  5. Bukan penghutang penghakiman atau muflis.
  6. Pemohon mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuan
    tanah.
  7. Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepi
    sungai, tanah jerlus, atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghuni
    rumah.
  8. Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK dan BIMB

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang permohonan ini mestilah diisi menggunakan HURUF BESAR
  2. Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama borang permohonan ini
    iaitu:

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon (Depan & Belakang).
    • Salinan Kad Pengenalan / surat lahir bagi semua tanggungan / surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.
    • Salinan sijil perkahwinan, surat cerai / sijil cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).
    • Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan)
    • Bil Elektrik, Air, Telefon dan Lain-lain bil (jika berkenaan)
    • Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumah
  3. Salinan Geran Tanah
    • Salinan Geran Tanah atas nama pemohon diutamakan
    • Surat perjanjian akuan bersumpah (jika tanah milik orang lain/nyatakan hubungan
      pemilik tanah dengan pemohon)
    • Akuan pemohon/pihak kedua/waris dan saksi-saksi (ditanda-tangani di setiap helaian
      bawah surat perjanjian dan ruangan akuan surat tersebut)
    • Surat kebenaran perjanjian menduduki tanah boleh dipohon di Pejabat Zakat yang berdekatan.
  4. Gambar Rumah Pemohon
    • Gambar keadaan rumah semasa (4x penjeru, dalam-belakang-tepi-depan)
    • Gambar tapak rumah

Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohon sahaja akan dipertimbangkan.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan : 3 Mei 2021-3 Julai 2021

Muat Turun Borang Permohonan

Dapatkan borang permohonan dengan muat turun di laman web rasmi LZNK www.zakatkedah.com.my

(Muat turun>Borang>Bantuan Rumah Peribadi-i Asnaf)

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan dan soalan, sila salurkan kepada:

Bahagian Operasi Agihan, Jabatan Agihan & Pembangunan Asnaf
Aras 3, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah
05200 Alor Setar
No Tel : 04-7331740

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More