Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor Sesi 2025

Berikut dikongsikan info terkini mengenai permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor bagi sesi 2025 yang kini dibuka.
Isi Kandungan
Apa Itu Skim Bantuan Tadika Selangor?
Skim Bantuan Tadika Selangor, juga dikenali sebagai TUNAS, adalah skim bantuan yuran tadika yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Skim ini menyediakan bantuan bulanan sebanyak RM50 kepada kanak-kanak yang layak dan bantuan ini disalurkan terus kepada tadika berdaftar, bukan dalam bentuk tunai kepada ibu bapa.
Tujuan Skim TUNAS adalah untuk:
| Meringankan Beban Kewangan Ibu Bapa | Skim ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa yang membayar yuran tadika anak-anak mereka, terutamanya bagi keluarga yang berpendapatan rendah. |
| Meningkatkan Akses Pendidikan Awal | Dengan bantuan yuran ini, diharapkan lebih ramai kanak-kanak dapat mengakses pendidikan awal yang berkualiti. |
Ibu bapa boleh memohon jika Tadika anak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan, JAIS, PERPADUAN atau KEMAS.
Senarai Tadika yang berdaftar boleh semak DISINI.

Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor bagi sesi 2025 ini adalah seperti ketetapan berikut:
- Warganegara Malaysia (seperti yang tertera di Mykad) dan sama ada ibu atau bapa kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU; anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU; ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (bagi yang bukan kelahiran luar Selangor).
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.
- Pendapatan isi rumah RM 3,000 kebawah.
Cara Membuat Permohonan
Pendaftaran Skim Bantuan Tadika Selangor bagi sesi 2025 boleh dibuat bermula 1 Julai 2025 dengan ibu bapa / penjaga yang berminat boleh mengisi Borang Permohonan secara dalam talian (online) pada pautan berikut:
>>>Semakan Dan Permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor<<<

Dokumen Yang Diperlukan
Sila lampirkan dokumen-dokumen berikut bersama-sama permohonan, iaitu:
- Cetak Borang Permohonan.
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak.
- Salinan MyKad Ibu.
- Salinan MyKad Bapa.
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu).
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja (Perlu pengesahan oleh Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat).
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA Sekiranya Bapa Tidak Bekerja (Perlu pengesahan oleh Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat).
- Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar.
- Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, berikut adalah Dokumen Tambahan yang perlu dilampirkan, iaitu:
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU.
- Cop Pengesahan Bermastautin (Bagi Permohonan Baru Sahaja).
Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran secara online dilakukan kepada e-mel [email protected] atau kepada alamat seperti berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel: 03 – 5481 8800
Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Skim Bantuan Tadika Selangor ini, sila rujuk laman web rasmi TUNAS atau terus hubungi talian 03 – 5481 8800 atau e-mel kepada [email protected].
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



