Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 2021-RM 50 Sebulan

Isi Kandungan

Skim Bantuan Tadika

Kerajaan Negeri Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah membuka permohonan Skim Bantuan Tadika bagi tahun 2021. Program ini bertujuan meringankan beban ibu bapa membayar yuran TADIKA anak – anak mereka.

Melalui skim baru ini, ibu bapa yang LAYAK dan MEMENUHI SYARAT akan menerima bantuan yuran tadika anak – anak mereka yang berusia 5 tahun dan 6 tahun sebanyak RM50 setiap bulan. Secara tidak langsung bantuan ini disalurkan terus kepada tadika yang MEMPUNYAI sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan juga Jabatan Perpaduan Negara.

SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS)

skim bantuan

SYARAT PERMOHONAN BAGI PROGRAM TUNAS

skim bantuan

CARA PERMOHONAN BAGI PROGRAM TUNAS

skim bantuan

Permohonan kali pertama boleh tekan disini untuk membuat permohonan secara atas talian.

Bagi permohonan ini, pendaftaran secara atas talian dna dokumen sokongan lengkap WAJIB disertakan adalah seperti berikut:

  • Cetak Borang Permohonan
  • Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
  • Salinan Mykad Ibu
  • Salinan Mykad Bapa
  • Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU
  • Sekiranya Ibu tidak bekerja, perlukan pengesahan oleh Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat / Pegawai Kerajaan Kumpulan*
  • Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA
  • Sekiranya bapa tidak bekerja, perlukan pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat / Pegawai Kerajaan Kumpulan*
  • Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
  • Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan
    • Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
    • Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)

Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke emel [email protected] atau alamat berikut :

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800

Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.

SEMAKAN STATUS PROGRAM TUNAS 2021

Sebarang borang dan dokumen bagi permohonan ini akan diproses mengikut modus operandi seperti dalam infografik di bawah:

skim bantuan

SENARAI TADIKA YANG BERDAFTAR

Untuk melihat senarai taska yang berdaftar atau bagi yang baru hendak mendaftar tadika sila tekan disini.

MAKLUMAT LANJUT

Alamat:

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7
Persiaran Kayangan
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel 03-5481 8800

Talian yang anda boleh hubungi:

03 5481 8800

E-mel:

[email protected]

Facebook:

Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS

sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian diatas atau melayari laman web YAWAS untuk info lanjut

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More