Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Bagi Tahun 2024

Berikut dikongsikan skim biasiswa pelajaran baitulmal bagi tahun 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Mengenai Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan tujuan untuk membiayai kos pendidikan anak-anak asnaf yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta dalam usaha untuk memastikan mereka ini tidak ketinggalan dalam pendidikan persekolahan akibat di belenggu kemiskinanan.

Skim Biasiswa Pelajaran ini diwujudkan bagi membantu murid tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.

Anak-anak asnaf yang berkelayakan akan dibiayai dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan pembiayaan berjumlah RM 1,000.00 seorang / setahun dengan syarat mereka mestilah mengekalkan kecemerlangan dalam pendidikan.

Ini adalah salah satu usaha, galakan dan dorongan kepada anak-anak asnaf yang terpilih dan cemerlang untuk mereka terus bemotivasi untuk meningkatkan mutu pembelajaran semasa persekolahan.

Selain itu, Skim Biasiswa Pelajaran ini turut membolehkan dan memastikan golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna dan terbaik.

Skim Biasiswa Pelajaran ini juga adalah salah satu usaha pihak MAIPk untuk membantu anak-anak asnaf untuk meningkatan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan ke arah yang lebih baik melalui pendidikan.

Pelaksanaan Skim Biasiswa Pelajaran ini diharap mampu membantu mereka meneruskan pelajaran dan berjaya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Seterusnya, pelajar-pelajar yang layak memperolehi Skim Biasiswa Pelajaran ini akan memperoleh manfaat-manfaat seperti berikut:

  • Menerima biasiswa tahunan sebanyak RM 1,000.00 setahun daripada MAIPk.
  • Berpeluang untuk mengikuti tuisyen tajaan.
  • Berpeluang untuk menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.

Untuk makluman semua, Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini akan diterima selama tempoh 5 tahun kepada pelajar yang layak dengan jumlah RM 1,000.00 setahun.

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Bagi Tahun 2024 1
Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal

Bagi tahun 2024, permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini dibuka daripada 15 Februari 2024 sehingga 20 Mac 2024.

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Bagi Tahun 2024 2
Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi semua kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut untuk memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini.

  1. Pelajar warganegara Malaysia yang beragama Islam.
  2. Pelajar lahir dan menetap atau bermastautin di negeri Perak.
  3. Pendapatan bulanan ibu dan bapa kurang atau tidak melebihi had kifayah (tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin).
  4. Permohonan hanya terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5 (kecuali pelajar Kolej Vokasional) sesi persekolahan tahun 2024 yang cemerlang akademik dan kokurikulum tahun 2023.
  5. Pelajar tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) atau bantuan persekolahan daripada mana-mana pihak / agensi.

Cara Permohonan

Tatacara permohonan untuk memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini adalah seperti berikut:

Muat turun borang permohonan di pautan berikut:

>>>Borang Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal<<<

Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan sila pastikan semua maklumat diisi. Prosedur mengisi borang permohonan tersebut adalah seperti berikut:

  • Borang permohonan mesti diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
  • Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
  • Hanya borang yang lengkap akan diproses.
  • Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Sediakan dokumen yang diperlukan dan hantar borang permohonan ke alamat berikut:

Unit Pemerkasaan Asnaf,
Bahagian Agihan Zakat,
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga.
  3. Salinan Penyata Pendapatan (Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan) Ibu Bapa / Penjaga.
  4. Salinan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2023.
  5. Salinan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau permasalah berkaitan permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini, sila hubungi nombor di talian 019 – 5711 383 (Unit Pendidikan, MAIPk).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More