Sumber Rujukan Globalisasi Anda

6 Langkah Menggunakan Smart Order Courier JnT Express Untuk Kirim Barang Dengan Lebih Mudah

Gunakan Aplikasi Smart Order Courier JnT Express untuk pengiriman barang menjadikan urusan dan kerja-kerja pengeposan semua orang lebih mudah. Nak tahu kenapa lebih mudah? Baca artikel ini.

Courier Yang Ada Di Malaysia

Alamat Drop point J&T di kota surabaya • Lelakon Ku

Umumnya, kita kebiasaanya akan pos atau hantar barang kita ke sesuatu tempat yang lebih jauh dengan menggunakan khidmat penghantaran yang tersedia. Banyak sebenarnya khidmat penghantaran atau pengeposan yang biasa kita gunakan. Dalam kata mudah, khidmat ini sering kita panggil sebagai ‘courier’. Sebelum saya kongsikan dengan anda bagaimana caranya untuk menggunakan aplikasi Smart Order Courier JnT Express ini, eloklah sekiranya kita mengetahui serba sedikit berkaitan khidmat penghantaran ini.

Jenis-jenis Courier Yang Popular

Terdapat banyak sebenarnya jenis syarikat penghantaran barang di Malaysia, akan tetapi hanya beberapa jenis courier yang sering melekat di hati pengguna. Antaranya adalah seperti:

  1. JnT Express
  2. Pos Laju
  3. City Link Express
  4. Easy Parcel
  5. SkyNet

Tujuan Khidmat Pengeposan Diwujudkan

Majoriti tahu fungsi dan tujuan khidmat pengeposan ini dilakukan. Antaranya adalah memudahkan penghantaran barang ke sesuatu tempat yang lebih jauh, saiz yang lebih besar dan berat. Khidmat courier ini seringkali digunakan oleh peniaga-peniaga secara atas talian untuk menghantar barang kepada pembeli mereka. Penggunaan khidmat pengeposan ini juga turut digunakan oleh masyarakat untuk mengirim hadiah atau barang-barang keperluan kepada anak-anak, kekasih mahu pun ibu bapa.

Jadi, jelaslah di sini betapa pentingnya kewujudan khidmat pengeposan barang ini. Bayangkan, jikalau sistem ini tidak diwujudkan, sanggupkah kita untuk berjalan jauh sebanyak 30Km semata-mata menghantar sebuah kotak yang kecil? Mampukah kita untuk membawa barang ini pergi dan balik? Tidak bukan?

Faktor yang Menjadi Sesebuah Courier Popular

Smart Order Courier JnT Express

Sejujurnya, memang setiap syarikat penghantaran ini mempunyai fungsi dan tujuan yang sama. Akan tetapi, terdapat beberapa faktor yang meletakkan mereka di posisi yang berbeza dalam hati pengguna.

PERKARA

PENJELASAN

Tempoh
Penghantaran

Singkat
dan pantas, tidak terlalu lama

Harga

Berbaloi dan tidak terlalu
mahal

Packaging

Harga
dan cara packaging berbeza

Servis
Penghantaran

Barang yang dipos dalam keadaan
baik

Coverage

Mengikut
kawasan/waktu operasi

JnT Express Malaysia

Untuk kali ini, akan saya fokuskan kepada satu kurier sahaja iaitu JnT Express. Hal ini kerana, boleh dikatakan hampir ramai rakyat Malaysia yang tahu dan suka menggunakan courier ini. Akan tetapi, tidaklah saya ingin membuat pilih kasih, kerana masih banyak kurier yang boleh anda pilih. Keputusan berada di tangan anda.

Aplikasi Smart Order Courier JnT Express

Jadi, akan saya kongsikan kepada anda berkaitan satu aplikasi yang baru-baru ini menjadi tumpuan kebanyakan orang. Lebih-lebih lagi, keadaan dunia kita sekarang yang menyukarkan dan menyekat pergerakan kita. Bagi memudahkan lagi sistem penghantaran ke seluruh tempat di Malaysia, JnT Express telah menggunakan satu sistem iaitu yang dipanggil Smart Order. 

Apa itu Smart Order Courier JnT Express?

Secara ringkasan, Smart Order merupakan satu sistem secara atas talian yang memudahkan pengguna untuk membuat order penghantaran barangan. Order ini dalam kata mudah, membuat tempahan penghantaran barang.

Jika sebelum ini, pada zaman sebelum kes Covid-19 ini berlaku, manusia perlu ke mana-mana cawangan JnT yang terdekat untuk menyelesaikan detail-detail pengeposan seperti menulis nama, alamat penghantaran, timbang barang dan seumpamanya. Tetapi, dengan menggunakan Smart Order Courier JnT Express ini, anda tidak perlu lagi berbuat sedikit.

Langkahnya amat mudah, iaitu:

  • Buat tempahan di aplikasi Smart Order Courier JnT Express(boleh didapati di Play Store/Google Play)
  • Lengkapkan maklumat penghantaran barangan anda.
  • Bawa barang yang ingin di pos ke cawangan terdekat.
  • Scan QR code yang akan anda peroleh, bayar dan tinggalkan barangan.
  • Selesai.

Mudah bukan? Menjimatkan masa anda dan memudahkan pengurusan.

Platform Menggunakan Sistem Smart Order

  1. Aplikasi J&T Malaysia(Boleh didapati di Google Play/Playstore)
  2. Facebook
  3. WeChat
  4. Laman Rasmi J&T

Jadi, akan saya kongsikan cara menggunakan aplikasi ini kerana lebih memudahkan kerja anda seperti tracking order, lihat sejarah penghantaran dan seumpamanya.

Cara Menggunakan Aplikasi Smart Order Courier JnT Express

Bagi memudahkan pengurusan penghantaran barang secara atas talian dengan menggunakan aplikasi ini, anda memerlukan rangkaian internet yang stabil. Hal ini kerana, supaya anda tidak menjadi pening dan serabut kepala. Tetapi, anda jangan risau kerana anda boleh mendapatkan Cara Melajukan Capaian Internet Wifi Anda dengan menekan link di artikel ini. Caranya sangatlah mudah dan berfungsi bagi menyelesaikan masalah internet di rumah.

Smart Order Courier JnT Express

 

1) Langkah Pertama: Muat turun aplikasi JnT Malaysia seperti yang tertera di bawah. Kemudian, setelah selesai, tekan “Open” kerana anda akan dibawa terus ke halaman pertama JnT Malaysia. Bagi pengguna baharu, tekan “Sign Up” dan pengguna yang sudah sedia ada, tekan “Log In”.

Smart Order Courier JnT Express   Smart Order Courier JnT Express

2) Langkah Kedua: Isikan maklumat yang diminta dan masukkan kod pengesahan yang akan dihantar ke nombor telefon anda. Setelah itu, tekan “Next”. Anda sudah pun berjaya mendaftar akaun untuk Smart Order Courier JnT Express.

Smart Order Courier JnT Express

3) Langkah Ketiga: Setelah tekan “Next”, akan akan melihat paparan anda seperti di bawah. Jikalau anda lihat, anda ada beberapa fungsi. Utamakan fungsi “Single Order” dan “Bulk Order”. Tekan:

  • “Single Order” kalau anda ingin menghantar hanya satu barangan sahaja.
  • “Bulk Order” kalau anda ingin menghantar lebih daripada satu barangan.

Smart Order Courier JnT Express

4) Langkah Keempat: Anda akan diminta untuk memasukkan maklumat berkaitan penghantar, penerima dan berat barang anda. Di bahagian 3/3, anda perlu memilih “Drop Off” yang membawa maksud anda akan meletakkan barangan yang akan dihantar ke mana-mana cawangan JnT berdekatan.

Smart Order Courier JnT Express   Smart Order Courier JnT Express   Smart Order Courier JnT Express

*NOTIS: Di bahagian ini, anda perlu memastikan anda memasukkan segala detail yang berkaitan dengan betul. Buat pemeriksaan maklumat sebanyak dua kali bagi mengelakkan salah maklumat. Tanggungjawab berada di tangan anda.

5) Langkah Kelima: Setelah itu, anda akan dibawa ke “Order Detail”. Di sini, anda akan dapat melihat ringkasan maklumat penghantaran dan QR Code. Gunakan QR Code ini untuk ditunjukkan kepada staf JnT nanti semasa meletakkan barangan anda.

Smart Order Courier JnT Express

6) Langkah Keenam: Untuk melihat status penghantaran, anda boleh pergi ke “Home Screen aplikasi Smart Order Courier JnT Express dan tekan “Status” di bahagian bawah. Di paparan screen, anda akan melihat “Sent” untuk barang yang anda sudah pos dan “Receive” untuk melihat barangan yang akan anda terima.

Smart Order Courier JnT Express       Smart Order Courier JnT Express

Kelebihan Menggunakan Smart Order Courier JnT Express

  • Menjimatkan masa anda kerana anda tidak perlu beratur atau menunggu di cawangan JnT.
  • Memberi anda lebih masa untuk membuat “Double Check” berkaitan maklumat penghantaran.
  • Boleh melihat status penghantaran dengan mudah.
  • Mengelakkan sentuhan atau komunikasi di tempat awam lebih-lebih lagi dengan keadaan dunia zaman sekarang ini yang masih dilanda pandemik Covid-19.
  • Aplikasi ini menyediakan khidmat insurans barangan, Customer Service dan beberapa fungsi lain yang amat berguna untuk makluman anda.

Smart Order Courier JnT Express Memudahkan Kerja

Moga-moga, dengan perkongsian pada kali ini mampu menjadikan anda semua mampu merancang pengurusan penghantaran anda dengan cara yang lebih baik dan efisien. Lebih-lebih lagi, kepada peniaga-peniaga secara atas talian. Hidup ini mudah jikalau kita mampu menggunakan teknologi dunia yang tersedia ada dengan sebaiknya.

Akhir kalam, jagalah kesihatan dan penjarakan anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More