Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KOLEKSI SOALAN LATIH TUBI SAINS TAHUN 2

Soalan Latih Tubi Sains ini adalah himpunan soalan sains tahun 2 untuk panduan dan rujukan para ibu bapa dan guru. Koleksi soalan ini diwujudkan bagi memudahkan semua pihak terutama ibu bapa dan guru dalam  mendapatkan soalan latih tubi dan seterusnya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek sains anak masing-masing .

Untuk mendapatkan Soalan Latih Tubi Sains tahun 2 anda boleh memuat turun seperti dibawah:

Isi Kandungan

Dapatkan “Soalan Latih Tubi Sains” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download Disini Soalan Latih Tubi Sains:

KOLEKSI SOALAN

MODUL

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

Koleksi Soalan Latih Tubi Sains Tahun 1!!

Untuk mendapatkan soalan latih Tubi Sains Tahun 1 anda boleh click link berikut:  Latih Tubi Sains Tahun1

Cara Mudah Belajar Sains!

1) Buat ulang kaji selalu

Jangan biarkan topik-topik bertambah sebelum memulakan ulang kaji. Ulang kaji awal supaya anda tidak menyesal dan panik melihat banyak topik yang belum diulang kaji. So, kena la mula study awal-awal.

2) Belajar Sains setiap minggu

Tidak kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jangan asyik mempelajari subjek-subjek lain sahaja. Siapkan homework dan latihan yang diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.

3) Cuba buat semua bentuk soalan

Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau esei. Jangan hanya memilih bentuk-bentuk soalan yang disukai sahaja.

Beli buku kerja yang memberikan model jawapan. Dengan cara begini, anda boleh membandingkan jawapan anda dengan contoh/model jawapan yang diberikan.

4) Beli buku-buku soalan tahun-tahun lepas

Tujuannya adalah supaya anda dapat membiasakan diri dengan bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu bentuk-bentuk soalan yang kerap keluar dalam peperiksaan.

Cuba jawab soalan-soalan ini selalu supaya secara tidak langsung anda akan tahu teknik menjawab soalan yang sebenar. Kemungkinan soalan yang sama akan berulang dalam bentuk yang sedikit berbeza. Cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dalam proses mencari jawapan, anda secara tidak langsung telah membuat ulang kaji dan mengingati point-point penting bagi topik tersebut.

5) Berikan tumpuan dan perhatian kepada POINT-POINT penting dalam nota. Ulang sehingga faham

  • Fungsi (Bagi setiap struktur seperti sel, organ, bahan, injap pada jantung anda mesti tahu apa fungsinya).
  • Ciri-ciri (Apakah ciri-ciri proses tertentu dalam sel seperti mitosis, meiosis)
  • Di mana (Fikirkan di mana sesuatu proses itu berlaku, sebagai contoh fotosintesis)
  • Contoh (Mesti boleh memberikan contoh-contoh spesifik seperti contoh-contoh injap dalam jantung)
  • Kesan (Banyak soalan berkenaan kesan yang berlaku apabila sesuatu proses atau kejadian. Sebagai contoh, Berikan kesan asap rokok terhadap manusia? )
  • Faktor-faktor (Ketahui apakah faktor-faktor yang boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian seperti kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)
  • Carta (Kaji dan fahami apa yang ingin disampaikan melalui carta seperti graf, carta pie atau jadual)

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Soalan Latih Tubi Sains ini membantu anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More