Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kertas Soalan Percubaan SPM Fizik 2019 Negeri Pahang

Kertas Soalan Percubaan SPM Fizik 2019 Negeri Pahang adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh kami.

Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM.

Isi Kandungan

Dapatkan “Kertas Soalan Percubaan SPM Fizik 2019 Negeri Pahang” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

SUBJEK

SOALAN

 

 

  • Kertas Soalan Percubaan SPM Fizik 2019 Negeri Pahang

Selain Soalan Percubaan SPM Fizik 2019 Negeri Pahang.Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah!

KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN FIZIK SPM 2019

Tip skor Fizik SPM

1) Fahamkan konsep

Ramai pelajar yang rasa Fizik subjek yang susah kerana mereka tidak suka dengan soalan melibatkan pengiraan dalam Fizik. Yela, kadang-kadang tu mereka tak tau nak ambil formula yang mana. Selain tu, ada juga formula yang tidak diberi dan pelajar perlu ingat.

Betul ke soalan Fizik SPM banyak sangat soalan mengira?

TIDAK sebenarnya.

Contohnya dalam Kertas 1, soalan yang melibatkan pengiraan TAK PERNAH lebih daripada 10 soalan.

Jika Kertas 2, beberapa soalan dari lapan soalan di bahagian A, dan soalan di bahagian C sahaja yang melibatkan pengiraan.

Jadi soalan melibatkan pemahaman konsep lebih banyak berbanding pengiraan.

2) Jangan risau dengan formula yang perlu dihafal atau ingat

Kebanyakan formula sudah diberi di dalam senarai formula yang diberikan di muka hadapan soalan Kertas 1 dan Kertas 2.

Cuma beberapa sahaja formula yang perlu DIKETAHUI bagaimana ia wujud atau perlu DIHAFAL dan DIFAHAMI cara penggunaannya.

Contohnya formula bagi F=ma untuk soalan yang melibatkan daya. Pelajar perlu faham tentang daya seimbang dan tidak seimbang kerana formula ini hanya untuk daya tidak seimbang.

Jadi BERAPA BANYAK FORMULA yang perlu diingat dan SELALU keluar?

Kenalah join POT kalau nak tau

3) Study semua bab

Topik dalam subjek Fizik PALING sikit berbanding topik-topik bagi subjek Sains yang lain seperti Kimia dan Biologi.

Hanya ada lima topik Form 4.

Hanya ada lima topik Form 5.

Hanya 10 bab sahaja yang pelajar belajar dalam Fizik SPM.

Yang bestnya, semua BAB ni akan keluar. Selalunya di dalam Kertas 1 Fizik SPM, soalan juga disusun mengikut bab.

4) Mantapkan ilmu matematik

Hasil dari dapatan kami, masalah pelajar dalam subjek Fizik adalah berpunca dari “kurang cekap” dalam ilmu asas matematik.

Pelajar perlu mahir beberapa topik Matematik terutamanya Algebra, Persamaan Linear, Nisbah Kadaran (ratio) dan juga Persamaan Serentak.

Jika topik-topik ini pelajar kuasai, insya-Allah tak susah pun nak skor dalam Fizik.

Sumber: Facebook Ajwad Ghali (Cikgu Ajwad)

Kesimpulan

Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun Kertas Soalan Percubaan SPM Fizik 2019 Negeri Pahang.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More