Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kertas Soalan Percubaan SPM Kimia 2019 Negeri Pahang

Kertas Soalan Percubaan SPM Kimia 2019 Negeri Pahang adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh kami.

Portal ini dibangunkan untuk membantu guru-guru, pelajar dan ibubapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan platform lati tubi untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM

Isi Kandungan

Dapatkan “Kertas Soalan Percubaan SPM Kimia 2019 Negeri Pahang” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

SUBJEK

SOALAN

  • Kertas Soalan Percubaan SPM Kimia 2019 Negeri Pahang

Selain Soalan Percubaan SPM Kimia 2019 Negeri Pahang.Anda juga mungkin berminat dengan perkara di bawah!

KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN KIMIA SPM 2019

Sudahkah calon-calon SPM bersedia untuk menduduki exam tersebut?

Guru subjek Kimia Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Cikgu Natasya Haswani Hassan Merican ketika dihubungi GPS Bestari, bersedia untuk berkongsi rahsia skor A+ Kimia SPM.

Apa rahsianya? Baca nie rahsia skor A+ Kimia SPM.

1) Kuasai perkaitan antara topik-topik dalam subjek

  • Calon perlu memahami perkaitan antara semua topik yang telah dipelajari dalam subjek Kimia dan menguasai isi kandungan subjek.

2) Buat analisa soalan SPM tahun-tahun lepas

  • Membuat analisa soalan SPM tahun-tahun lepas adalah sangat penting untuk mengetahui topik-topik yang kerap ditanya dalam SPM dan gaya penyoalan yang dikeluarkan.
  • Fokuskan pada stimulus yang berbeza yang dikeluarkan untuk topik yang sama. Calon boleh memfokuskan cara menjawab bagi soalan yang mempunyai stimulus yang pelbagai.
  • Calon dapat memfokuskan jawapan berdasarkan peruntukan markah yang diberikan menggunakan standard pemarkahan SPM sebenar.

3) Latih tubi Kertas 1

  • Kumpulkan seberapa banyak set soalan Kertas 1 dari percubaan negeri-negeri tahun semasa atau set soalan SPM tahun-tahun lepas.
  • Jawab soalan Kertas 1 dengan memperuntukkan masa standard SPM iaitu 1 ¼ jam untuk satu set. Kemudian semak jawapan dan kenal pasti kesalahan dan buat pembetulan.
  • Ulang untuk set yang berikutnya dan setkan peningkatan yang ditunjukkan bagi setiap set kertas.
  • Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 40/50 bagi Kertas 1.

4) Latih tubi Kertas 2 soalan struktur (Bahagian A)

  • Buat latih tubi soalan struktur dan fokuskan pada soalan aras aplikasi dan analisis iaitu soalan 5 dan 6.
  • Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 45/60 bagi bahagian A Kertas 2.

5) Latih tubi Kertas 2 soalan esei (Bahagian B dan C)

  • Tahu perbezaan soalan respon tertutup (Bahagian B) dengan soalan respon terbuka (Bahagian C).
  • Buat pemilihan soalan yang bijak (pilih salah satu dari dua soalan di Bahagian B dan salah satu dari dua soalan dari Bahagian C).
  • Kuasai teknik menjawab soalan mengeskperimen (Bahagian C) yang bernilai 10 markah.

6) Kuasai teknik menjawab Kertas 3

  • Fokuskan untuk mendapatkan skor 3 bagi setiap konstruk kemahiran proses sains yang diuji.
  • Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 40/50 bagi kertas 3.

Selamat Maju Jaya

Tip lulus Kimia SPM

1) Kuasai empat topik asas Kimia

  1. a) Struktur Atom
  2. b) Formula dan Persamaan Kimia
  3. c) Jadual Berkala Unsur
  4. d) Ikatan Kimia
  • Keempat-empat topik ini merupakan asas yang perlu diketahui dalam subjek Kimia. Topik-topik ini saling berkaitan antara satu sama lain dan juga akan diguna pakai dalam topik-topik lain. Jadi untuk sekurang-kurangnya lulus calon perlu menguasai asas dalam Kimia.

2) Latih tubi Kertas 1 soalan aras pengetahuan (soalan 1 hingga 20)

  • Kumpulkan seberapa banyak set soalan Kertas 1 dan cuba jawab soalan-soalan aras pengetahuan (aras rendah) iaitu soalan nombor 1 hingga nombor 20.
  • Soalan-soalan ini dapat mengukuhkan pemahaman konsep asas dalam Kimia.

3) Latih tubi Kertas 2 soalan struktur aras pengetahuan dan kefahaman (soalan 1 hingga 4)

  • Jawab soalan struktur Kertas 2 dari set-set soalan berlainan dan fokuskan kepada soalan 1 hingga soalan 4.
  • Soalan-soalan ini menguji aras pengetahuan dan kefahaman calon.

4) Kuasai teknik menjawab Kertas 3

  • Kertas 3 adalah kertas yang bakal membantu calon untuk memperoleh markah yang baik dengan syarat calon mestilah kuasai kemahiran proses sains yang telah dipelajari di dalam makmal.
  • Calon hendaklah menguasai sekurang-kurangnya teknik berikut :
  1. a) Cara mendapatkan pembolehubah dari eksperimen
  2. b) Cara membina hipotesis dari pembolehubah
  3. c) Teknik menjawab 11 konstruk kemahiran proses sains

(SUMBER: GPS Bestari)

Kesimpulan

Skema dari proses jalan kerja dan format jawapan adalah berdasarkan keperluan dan kehendak masa kini dan amat mudah difahami. Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian soalan peperiksaan terbaik anda.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun Kertas Soalan Percubaan SPM Kimia 2019 Negeri Pahang.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More