Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dapatkan Sofa Udara Murah Dengan Harga RM50 Ke Bawah Sahaja

Sofa Udara Murah ini menjadi kegilaan ramai kerana rasanya yang lembut dan selesa apabila duduk. Nak tahu bagaimana untuk mendapatkannya? Mari baca artikel ini.

Sofa Udara Murah

Isi Kandungan

Sofa

Mengarutlah kalau ada yang kata dia tidak tahu apa itu sofa. Tetapi, secara definisi umumnya, sofa merupakan sejenis kerusi panjang yang pelbagai bentuk dan dialaskan dengan tilam empuk. Kita juga selalu panggil sebagai kusyen. Kerusi panjang ini mempunyai tempat untuk mengalas tangan di sebelah kiri dan kanan. Kebiasannya, orang akan meletakkan sofa di ruang tamu kerana tetamu akan duduk di situ dan berborak dalam tempoh lama.

Jenis Sofa Kegunaan Ramai

Kita hanya tahu sebut sofa,sofa dan sofa. Tetapi, ramai tidak tahu yang sofa ni sebenarnya ada banyak jenis dan nama. Mari kita ketahui jenis sofa yang lain.

  1. Sofa Minimalis

    • Kalau kita perhatikan, kebanyakan rumah akan mempunyai sofa jenis ini kerana bentuknya yang sangatlah “Simple” dan saiz yang tidak terlalu besar. Disebabkan itu, sofa ini muat untuk berada dalam pelbagai jenis rumah.
  2. Sectional Sofa

    • Sofa ini merupakan sofa yang digabungkan oleh beberapa bahagian sofa yang saiznya lebih kecil. Pada sofa ini, pengguna boleh membuat pelbagai aktiviti seperti membaca, baring dan lain-lain. Sofa ini juga mudah untuk dialih dan dipisahkan mengikut bentuk rumah anda.
  3. Sofa L

    • Sofa jenis L ini agak menarik kerana lebih selesa untuk tidur kerana ada bahagian yang memanjang tanpa sandaran di tangan. Sekiranya anda sekeluarga yang selalu meluangkan masa bersama dengan menonton televisyen, sofa jenis ini amatlah disarankan untuk anda.

Sofa Udara Murah

Di bawah ini disertakan beberapa jenis modal sofa udara murah pelbagai bentuk dan saiz yang sering dibeli oleh pengguna. Anda boleh membuat perbandingan dan bersesuaian dengan bajet anda.

Sofa Udara Murah

  • B.S.B Inflatable Wind Picnic Camping Lamzac Air Lazy Sofa Lounge Bed

NAMA KEDAI

Bedsheetbestseller

LINK PAUTAN

Link Pautan Boleh Tekan Di Sini

SAIZ

Saiz selepas dilipat adalah dalam 38cm x 20cm x 10cm

BERAT

1.2kg

HAD MUATAN

Sehingga 100kg

Sofa Udara Murah

  • Inflatable Soccer Sofa Arm Chair

NAMA KEDAI

mystxdirect

LINK PAUTAN

Link Pautan Boleh Tekan Di Sini

SAIZ

80cm x 110cm

JENIS BAHAN

PVC

Sofa Udara Murah

  • CS_Inflatable Sofa Flocking Lazy Sofa Leisure Seat

NAMA KEDAI

cadarstation

LINK PAUTAN

Link Pautan Boleh Tekan Di Sini

JENIS BAHAN

Ringan dan mudah dibasuh

TIPS

Penggunaan bayi mestilah di bawah jagaan ibu bapa

Sofa Udara Murah

  • Baby Sofa in Different Colors & Designs

NAMA KEDAI

Fki.traders

LINK PAUTAN

Link Pautan Boleh Tekan Di Sini

LOKASI

Negeri Sembilan

*NOTIS:Selain daripada membeli sofa udara murah ini, anda juga boleh melihat atau mencuci mata barangan lain dengan membaca artikel Mesin Basuh Lipat Shopee. Moga-moga mampu membantu anda lebih-lebih lagi kepada anak bujang yang tinggal di rumah sewa.

Tips Menggunakan Sofa

Akan tetapi, dalam penggunaan sofa ini, ibu bapa atau penjaga masih memerlukan membuat pantauan jikalau mempunyai anak-anak kecil dan seumpamanya. Baca antara tips di bawah ini untuk kegunaan anda di suatu masa nanti.

  1. Pastikan anda tidak meletakkan sofa udara murah ini di tempat yang berdekatan dengan objek tajam.
  2. Elakkan sofa udara ini bersentuhan dengan permukaan yang panas.
  3. Jangan duduk secara beramai-ramai serentak atas sofa udara ini.
  4. Jangan mencuba-cuba untuk mencucuk sofa ini dengan jarum.
  5. Pastikan anda mengisi angin yang mencukupi. Tidak kurang dan tidak lebih.

Kedai Untuk Mendapatkan Sofa Udara Murah

Untuk mendapatkan sofa udara ini, anda boleh membeli secara atas talian atau dengan pergi ke mana-mana kedai berdekatan yang menjual alatan perabot. Di bawah ini antara pautan laman web pembelian atas talian yang menjadi kegemaran ramai.

  1. Shopee.
  2. Lazada.
  3. Amazon.
  4. Mudah.My

Tempat Cadangan Meletakkan Sofa Udara

Untuk meletakkan sofa udara ini, anda mempunyai banyak pilihan sebenarnya. Ia adalah berdasarkan kesesuaian ruang rumah anda. Di bawah ini merupakan tempat cadangan yang boleh anda pertimbangkan sesudah membeli sofa ini.

  1. Di halaman ruang tamu.
    • Anda boleh duduk atas sofa udara ini berbanding sofa biasa. Kebiasaannya, rasa atas sofa ini lebih seronok.
  2. Dalam bilik tidur.
    • Kadang, apabila pulang kerja seharian di pejabat, meski akan ada beberapa golongan yang membawa pulang kerja ke rumah. Anda boleh duduk atas sofa udara ini sambil menyiapkan kerja anda. Saya jamin, rasa dan sensasi yang berbeza akan anda alami.
  3. Halaman rumah/taman.
    • Bagi keluarga yang mempunyai taman mini, anda juga meletakkan sofa lembut ini di situ. Sambil melihat pemandangan dan minum petang bersama insan tersayang, anda boleh berehat-rehat atas sofa udara ini.

Perbandingan Sofa Biasa dan Sofa Udara Murah

Sofa Udara Murah

Saya tidak katakan bahawa anda tidak perlu membeli sofa yang biasa. Mana-mana adalah mengikut keselesaan dan kesukaan anda. Tiada sebarang paksaan. Di bawah ini, saya kongsikan beberapa perbandingan yang boleh dilihat antara sofa udara murah dan sofa biasa.

SOFA BIASA

SOFA UDARA MURAH

Saiz yang lebih besar.

Saiz
yang lebih fleksibel dan muat-muat untuk ruang kecil

Susah diubah dan diangkat kerana saiz lebih berat.

Boleh diubah,diangkat dan diletakkan di mana-mana sahaja.

Sukar untuk dibasuh atau dibersihkan sekiranya kotor.

Boleh
dibasuh dengan air dan dikeringkan sekiranya kotor.

Responden Pengguna

Tidak percaya lagi pasal sofa udara murah ini? Mari baca responden dan “Feedback” yang diberikan oleh pengguna Shopee yang sudah pun membeli sofa udara ini.

“Barang dihantar dalam keadaan baik dan sangat berbaloi dengan harga yang dibeli. Sebijik macam dalam gambar. Berpuas hati.”

“Meskipun nak kena pam angin dalam masa yang lama, sempatlah rasa lelah tu. Tetapi, bila dah siap dan boleh duduk. Best sangat rasa dia. Lembut je.”

“Sangat berbaloi beli sofa udara macam ni sebab hampir menyerupai sofa biasa. Bolehlah buat penuhkan rumah anda.”

Video Penggunaan Sofa Udara

Beli Sofa Udara untuk Kegunaan Di Rumah Sekarang

Diharapkan agar perkongsian berkaitan sofa udara murah ini mampu memberikan idea dan inspirasi kepada anda sekeluarga untuk menambah aksesori di rumah, tetapi dalam bajet yang rendah. Buatlah perancangan anda dengan sebaik mungkin. Kadangkala, alatan seperti ini juga boleh dijadikan medium untuk anda sekeluarga bergurau senda.

Sesungguhnya, keluarga merupakan tempat di mana kita meluahkan rasa sayang,suka dan duka. Mari beli sekarang.

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More