Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Solat Aidilfitri, fardu dan Jumaat hanya 50 jemaah, ikut SOP: MAIK

Isi Kandungan

KOTA BHARU – Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri, solat fardu dan solat Jumaat di masjid negeri, bandar, jajahan dan masjid mukim kategori ‘A’ seluruh negeri Kelantan adalah dibenarkan dengan kehadiran 50 orang jemaah sahaja.

Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, perkara tersebut telah diampun perkenan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menurutnya, bagi masjid mukim besar dan mukim kecil seluruh negeri Kelantan pula hanya dibenarkan kepada 20 orang jemaah sahaja manakala bagi surau dan musalla pula empat orang kakitangan sahaja bagi mengenakan solat.

“Jemaah hendaklah berada dalam saf dengan penjarakan dua meter dan mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini untuk kenakan solat. Ketetapan ini berkuatkuasa dari 12 Mei sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Aktiviti-aktiviti lain adalah tidak dibenarkan.

“Oleh itu, pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini. SOP sebagaimana di atas hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musalla.

“Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini. Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah SWT pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya.

Antara masjid Bandar dan jajahan di negeri ini ialah:

  1. Masjid Muhammadi,
  2. Masjid Al Sultan Ismail Petra,
  3. Masjid Al-Ismaili,
  4. Masjid Sultan Muhammad II,
  5. Masjid Sultan Mansor,
  6. Masjid D’raja Long Yunus,
  7. Masjid Bandar As-Salam,
  8. Masjid Ismaili,
  9. Masjid Mahmoodi,
  10. Masjid Ibrahimi,
  11. Masjid Sultan Yahya Petra,
  12. Masjid Tengku Muhammad Faris Petra,
  13. Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra,
  14. Masjid Sultan Muhammad I,
  15. Masjid Sultan Muhammad III,
  16. Masjid Ismail Petra dan
  17. Masjid Bandar An-Nur Guchil, Kuala Krai.

Sementara itu, masjid mukim kategori A seluruh negeri ialah:

  1. Masjid Mukim Lundang,
  2. Masjid Mukim Paya Rambai,
  3. Masjid Mukim Al-Muttaqin,
  4. Masjid Mukim Ketereh,
  5. Masjid Mukim Kok Lanas,
  6. Masjid Mukim Kadok,
  7. Masjid Mukim Taman Tanjong Chat,
  8. Masjid Mukim Paya Bemban,
  9. Masjid Mukim Uda Murni,
  10. Masjid Mukim Kedai Mulong,
  11. Masjid Mukim Kamel Hasan,
  12. Masjid Mukim Kedai Melor,
  13. Masjid Mukim Kota,
  14. Masjid Mukim Parit Lama,
  15. Masjid Mukim Jelawat,
  16. Masjid Mukim Repek dan
  17. Masjid Mukim Wakaf Bharu, Tumpat.

Selain itu, turut tersenarai ialah Masjid Mukim Ketil, Masjid Mukim Pahi, Masjid Mukim Sungai Peria, Masjid Mukim Keroh, Masjid Mukim Kasar, Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Masjid Mukim Padang Pak Amat, Masjid Mukim Selising, Masjid Mukim Batang Merbau, Masjid Mukim Bukit Bunga, Masjid Mukim Jedok, Masjid Mukim Tepi Sungai, Masjid Mukim Kampung Galang, Masjid Mukim Ulu Sat, Masjid Mukim Ayer Lanas, Masjid Mukim Gunung Reng, Masjid Mukim Razaleigh, Masjid Mukim Chiku 2, Masjid Mukim Keputeraan Paloh dan Masjid Mukim Keputeraan Lojing, Sigar.

Sumber Sinar Harian

Artikel lain : PKP: Agong nasihat rakyat duduk rumah

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More