Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021

Kerajaan Melalui ATM Telah Membuka Hospital-Hospital Medan Akibat Peningkatan Kes Mendadak. Langkah ini (Total Lockdown) Adalah Pengorbanan Kita Semua Untuk Melandaikan Lengkuk Jangkitan Wabak COVID-19 ini. Berikut Merupakan SOP bagi Total Lockdown yang akan kita alami pada 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 ini:

Isi Kandungan

Semua Aktiviti Ekonomi tidak Dibenarkan kecuali:

  • Makanan Dan Minuman
  • Air
  • Tenaga
  • Keselamatan
  • Pengurusan Sisa Pepejal
  • Pengangkutan Darat Air Udara
  • Perkhidmatan Pelabuhan, Kargo, Penyimpanan dan Pemukalan Komodoti.
  • Komunikasi, Media, Courier, Pos.
  • Perbankan
  • Kredit Komuniti (Pajak Gadai)
  • E dagang
  • Bahan Api dan Pelincir
  • Hotel & Penginapan hanya untuk Kuarantin.
  • Pembaikan Kritikal.
  • Perhutanan (Penguakuasaan)
  • Logistik (Perkhidmatan Perlu)
  • Pertanian, Perikanan, dan Penternakan

Hanya 12 Sektor Perkilangan (essential services) yang dibenarkan buka sepanjang 2 minggu ini dan 60% pekerja sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Kerja – kerja pembinaan dengan kemudahan penginapan pekerja yang lengkap ditapak bina dibenarkan.

Kedai Yang Boleh Beroperasi:

SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021

Semua shopping mall seluruh negara adalah tidak dibenarkan beroperasi. Akan tetapi, pasaraya dan hypermarket adalah dibenarkan dan terhad kepada keperluan asas sahaja.

Gerai Makan DIBENARKAN buka, dan hanya untuk BUNGKUS SAHAJA. Pelanggan tidak dibenarkan dine-in. 

Ada 10 Item dibawah Perdagangan Dan Pengedaran dibenarkan beroperasi termasuk kedai cermin mata dan hardware dibenarkan.

Kesemua perniagaan beroperasi sehingga 8 malam sahaja. 

Rakyat Malaysia dibenarkan keluar rumah untuk membeli barangan keperluan sahaja dalam lingkungan 10km dan terhad pada dua orang satu rumah.

SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021

12 Sektor Perkilangan Dibenarkan Beroperasi:-

  1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
  2. Makanan dan minuman
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan hanya berkaitan bahan makanan dan kesihatan
  4. Barang-barang penjagaan diri dan bahan pencuci
  5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan
  6. Barang penjagaan diri, peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
  7. Komponen bagi peranti perubatan
  8. Elektrikal dan Elektronik (kepentingan rantaian ekonomi global)
  9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
  10. Mesin dan peralatan hanya berkaitan kesihatan dan makanan sahaja
  11. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
  12. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir

SOP Bekerja

Surat Bekerja Majikan adalah tidak Terpakai untuk Merentas Negeri/Daerah.

Untuk Rentas Negeri & Daerah:

  • Surat Kementerian.
  • Borang Kebenaran Rentas Negeri PDRM.

Dato Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa lebih 90% dari PKP 1.0 yang lepas adalah sama dengan yang kita akan laksanakan.

SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021 1 SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021 2 SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021 3 SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021 4 SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021 5 SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021 6 SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021 7 SOP Total Lockdown 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021 8

Sumber Bernama

Artikel lain: Vietnam temui varian hibrid baharu Covid-19

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More