Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SPGATM: Semakan Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Semakan Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia, iaitu SPGATM.

Isi Kandungan

Apa Itu SPGATM?

SPGATM adalah platform digital yang diwujudkan bermula tahun 2019 khusus untuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Platform ini juga membolehkan semua pegawai dan anggota tentera melakukan semakan penyata gaji mereka secara bulanan.

Pengenalan platform ini memudahkan anggota tentera untuk mengakses maklumat gaji dan elaun mereka secara online sahaja.

Platform ini dikelolakan di bawah Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera, yang merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam memproses pemprosesan gaji dan elaun dalam ATM.

SPGATM: Semakan Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia 2024 1
SPGATM

Gaji & Elaun Anggota Angkatan Tentera Malaysia

Gaji dan elaun anggota ATM yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Elaun1. Elaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai RM1,500 setiap 3 tahun sekali.
2. Elaun Pakaian Tahunan Pegawai RM500 setahun.
3. Tuntutan Perjalanan ke Tempat Kerja.
4. Elaun Bantuan Sara Hidup.
5. Elaun Kepakaran bagi yang layak.
6. Elaun Insentif Khas ATM RM200 sebulan.
Insentif1. Pemberian Insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.
2. Bonus Tahunan (jika ada).
3. Khairat Kematian RM3,000.
Kemudahan1. Rawatan Perubatan Percuma termasuk untuk Keluarga dan Ibu Bapa.
2. Wad Kelas 1 di Hospital Kerajaan (Ikut Pangkat).
3. Pinjaman Perumahan / Kenderaan / Komputer / Pendidikan.
4. Rumah Keluarga bagi anggota / pegawai yang telah berkahwin.
5. Penginapan serta sajian di wisma-wisma mengikut pangkat bagi anggota / pegawai yang bujang.
6. Kemudahan membeli-belah di PERNAMA.
7. Rebet 25% Tambang KTMB.
8. Waran perjalanan.
9. Insuran Kelompok ATM.
10. Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD dengan tajaan ATM.
11. Cuti Tahunan dengan bilangan hari mengikut pangkat.
12. Kemudahan dan perbelanjaan perubatan bagi anggota tentera dan tanggungan adalah seperti berikut:
– Rawatan di Hospital Angkatan tentera dan Rumah Sakit Angkatan Tentera seluruh Malaysia.
– Rawatan di Institut Jantung Negara.
– Rawatan Penyakit Buah Pinggang di Pusat Dialysis Swasta.
– Rawatan Kemandulan Primer.
– Rawatan Kecemasan di hospital / klinik swasta.
– Rawatan di Luar Negara bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
– Kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan / disediakan (ubat, alat, perkhidmatan, perubatan oleh klinik Kerajaan).
13. Bantuan perbekalan alatan seperti berikut:
– Pembekalan lat Ortopedik.
– Pembekalan kerusi roda.
– Alat bantu pendengaran.
– Pembekalan alat-alat lain.
14. Ransum percuma semasa latihan / kursus / bertugas.
15. Latihan Peralihan sebelum Tamat Perkhidmatan.
16. Kemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.
17. Keahlian dalam Kelab Rekreasi.
18. Kemudahan Sukan dan Rekreasi.
19. Pinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan Skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) – Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.
20. Kemudahan Caruman Sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
SPGATM

Tarikh Pembayaran Gaji

Tarikh pembayaran gaji anggota ATM mengikut bulanan untuk tahun 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh Pembayaran Gaji & Peruntukan Anggota ATM Tahun 2024
24 Januari 2024
23 Februari 2024
25 Mac 2024
25 April 2024
24 Mei 2024
13 Jun 2024
19 Julai 2024
23 Ogos 2024
25 September 2024
24 Oktober 2024
25 November 2024
19 Disember 2024
SPGATM: Semakan Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia 2024 2
SPGATM

Cara Membuat Semakan Penyata Gaji Anggota ATM Menggunakan Aplikasi SPGATM

Semakan penyata gaji ATM boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:

  1. Layari Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SPGATM).
  2. Masukkan maklumat seperti Nombor Tentera, Nombor Kad Pengenalan Awam, dan Alamat E-mel yang sah (Untuk kali pertama).
  3. Penyata gaji anggota boleh diakses dan dipaparkan.

Sistem Gaji ATM (SGATM) boleh dicapai melalui aplikasi telefon pintar dan peranti yang mempunyai capaian internet.

SGATM boleh diakses menggunakan mana-mana browser yang sedia ada seperti Mozilla, Internet Explorer, Chrome dan Safari.

SPGATM: Semakan Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia 2024 3
SPGATM

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan SPGATM, sila layari Portal Perkhidmatan Gaji Dan Elaun ATM dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More