Sumber Rujukan Globalisasi Anda

SPS Madani 2025: Inisiatif Bantuan Kerajaan 100% Kepada OBS Terpilih

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai SPS Madani bagi tahun 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Apa Itu SPS Madani?

SPS Madani adalah inisiatif Kerajaan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial secara percuma (100% dibiayai Kerajaan) kepada kumpulan Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang terpilih.

Namun untuk tahun 2025, sedikit pengubahsuaian telah dilakukan di mana inisiatif ini hanya menanggung sepenuhnya caruman tahunan di bawah Pelan Caruman 2 (RM232.80) untuk tempoh perlindungan selama 12 bulan, kepada OBS melalui kumpulan sasar yang ditetapkan.

SPS Madani 3.0 ini juga hanya dikhususkan kepada tiga (3) kategori utama kumpulan sasar iaitu:

  • SPS Sukarelawan 3.0 – Anggota Tentera, Polis Simpanan, Pertahanan Awam Malaysia, Maritim, Bomba dan RELA.
  • SPS Perkhidmat Rumah Ibadat 3.0 – Perkhidmat Rumah Ibadat Islam Masjid dan Surau di bawah JAKIM / Negeri.
  • SPS Penyelia dan Petugas Pemulihan Komuniti 3.0 – Sukarelawan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
SPS Madani 2025: Inisiatif Bantuan Kerajaan 100% Kepada OBS Terpilih 1

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan SPS Madani 3.0 ini yang ditawarkan kepada OBS hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Bertaraf warganegara Malaysia atau pemastautin tetap tanpa mengira had umur.
  • Bekerja sepenuh masa atau separuh masa.
  • OBS yang bekerja di Malaysia.
  • OBS yang menyertai sektor seperti yang ditetapkan.
  • OBS belum mendaftar di bawah Inisiatif Belanjawan 2025.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat bermula 13 Mac 2025 sehingga 31 Disember 2025 melalui agensi pentadbiran kawal selia masing-masing.

Tarikh berkuatkuasa pula adalah bermula pada 9 April 2025 sehingga 31 Disember 2025.

Tempoh perlindungan bermula setelah penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada pihak PERKESO.

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Surat pelantikan / pengesahan kerja – untuk petugas madani komuniti / Anggota Sukarelawan / Guru Takmir / Imam / Bilal / Siak / Noja / Merbut.

SPS Madani 3.0 ini juga akan tamat secara automatik sekiranya telah mencapai tahap maksimum peruntukkan yang diluluskan. Walau bagaimanapun, permohonan dan bayaran bagi caruman normal boleh diteruskan seperti biasa.

SPS Madani 2025: Inisiatif Bantuan Kerajaan 100% Kepada OBS Terpilih 2

Cara Membuat Semakan Kelayakan Program SKSPS

OBS boleh membuat semakan kelayakan atau kelulusan program SKSPS melalui kaedah berikut:

  • OBS boleh menyemak pendaftaran dan caruman melalui Laman Web Prihatin iaitu melalui Status Pengesahan Bekerja Sendiri; atau
  • Semakan kelayakan permohonan di 54 buah kaunter pejabat PERKESO di seluruh negara; atau
  • Berhubung terus dengan Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1300-22-8000; dan
  • OBS yang berjaya menyertai inisiatif ini akan menerima notifikasi pengesahan penyertaan melalui e-mel.

Pelan Caruman

Di bawah Inisiatif Belanjawan 2025 ini, pelan caruman yang dibiayai oleh Kerajaan adalah untuk Pelan 2 sahaja.

Caruman bulanan bagi Pelan 2 adalah RM19.40 dan caruman tahunan adalah RM232.80.

Bagi SPS Madani 3.0, Sumbangan Kerajaan adalah 100% iaitu RM232.80.

Manfaat / Faedah

Manfaat atau faedah perlindungan keselamatan sosial yang disediakan di bawah SPS Madani 3.0 ini adalah seperti berikut:

Jenis FaedahPelan 2
Faedah PerubatanRawatan perubatan di klinik panel / hospital Kerajaan PERKESO dan membuat tuntutan penggantian perbelanjaan yang dikeluarkan.
Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)80 peratus daripada RM1,550 (setiap cuti sakit berkelayakan menerima RM41.33 sehari).
Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)90 peratus daripada RM1,550 dan tertakluk kepada faktor umur dan taksiran peratus hilang upaya kekal.
Faedah Orang Tanggungan (FOT)RM1,395* sebulan sepanjang hayat
*tertakluk kepada kategori orang tanggungan.
Elaun Layanan Sentiasa (ELS)RM500 sebulan
Faedah Pengurusan MayatRM3,000
Faedah Pinjaman PendidikanFaedah berbentuk pinjaman pendidikan kepada anak OBS yang layak sekiranya OBS meninggal dunia akibat Bencana Pekerjaan Sendiri atau menerima bayaran berkala Faedah HUK.
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau VokasionalBekalan alat bantuan seperti kerusi roda, tilam, tongkat, anggota tiruan, fisioterapi dan lain-lain. Program “Return to Work (RTW)” serta latihan vokasional dalam bidang kursus yang ditawarkan di Pusat REHAB PERKESO.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan SPS Madani 2025 ini, anda boleh rujuk FAQ SKSPS DI BAWAH BELANJAWAN 2025 atau terus hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel kepada [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More