Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 Step Mudah Reverse Parking

Step Mudah Reverse Parking ini adalah untuk mereka yang belum mahir membuat parking belakang (reverse parking) kenderaan di tempat letak kenderaan.

Seperti sedia maklum, kebanyakan kereta sekarang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti

  • Lane Keeping Assist System (LKAS),
  • Blind Spot Monitoring (BSM),
  • Advanced Safety Assist’ (ASA), dan
  • banyak lagi sensor yang dilengkapi pada bahagian kenderaan.

Peningkatan teknologi ini bertujuan untuk memastikan pemanduan kenderaan yang dibawa sentiasa berada pada kadar yang selamat bahkan ia juga untuk memudahkan lagi pemilik kenderaan ketika memandu di jalan raya mahupun di luar kawasan pedalaman.

Meskipun dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang canggih, namun masih ada ramai lagi yang belum mahir dalam cara meletakkan kenderaan mereka di tempat parkir kenderaan khususnya untuk membuat parking belakang atau reverse parking.

Sewaktu pergi kawasan yang sempit atau mempunyai jumlah kenderaan yang padat misalnya pasar raya, tempat meletak kenderan tentunya perkara ini akan menjadi masalah besar buat mereka yang belum mahir.

Sehubungan itu, di sini admin akan berkongsikan 3 Step Mudah Reverse Parking untuk melakukan parking belakang pada tempat letak kenderaan. Jom ikuti perkongsian daripada seorang pengguna TikTok bernama UncleJoe di bawah.

Isi Kandungan

3 Step Mudah Reverse Parking (Parking Belakang)

Menurut UncleJoe, sebenarnya cara melakukan parking belakang kereta mudah sahaja dan anda hanya perlu mengikuti tiga langkah berikut.

Step 1: Garisan Putih Selari Dengan Cermin Sisi

Sewaktu anda bergerak bersama kenderaan, pastikan cermin sisi kereta berada selari garisan putih dan berhenti.

Step 2: Pusing Steering Habis

Selepas itu, anda perlu memusingkan steering kereta sehingga habis sama ada kiri atau kanan bergantung pada posisi parkir kenderaan (tempat letak kereta) yang kosong.

Jika tempat letak kereta berada di sebelah tempat duduk penumpang, pusing steering ke arah kanan. Manakala jika parkir kosong berada di sebelah pemandu, pusing steering ke arah kiri.

Ketika ini, perhatikan cermin sisi kereta anda. Sekiranya petak parkir kelihatan pada cermin dan berhentikan kenderaan.

Step 3: Masukkan Gear Undur (Reverse)

Langkah ketiga adalah anda boleh menukar gear kepada gear undur atau reverse. Pastikan anda undur secara perlahan-lahan agar selamat.

Step Mudah Reverse Parking

Kredit Sumber: UncleJoe

Harapan Penulis

Begitulah 3 Step Mudah Reverse Parking buat anda yang mungkin selama ini belum ketahui atau belum mahir.

Diharapkan dengan perkongsian Step Mudah Reverse Parking ini dapat memberi ilmu baharu dan juga bermanfaat untuk anda yang belum mengetahuinya!

Selain ilmu tentang Step Mudah Reverse Parking ini, anda juga boleh dapatkan lagi tips-tips atau info yang menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More