Sumber Rujukan Globalisasi Anda

STR Fasa 3 2025 Dibayar Mulai 12 Ogos Kepada Rakyat Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan pengkreditan STR Fasa 3 2025 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Pembayaran STR Fasa 3 2025

Menurut siaran media Kementerian Kewangan, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 3 2025 akan dikreditkan kepada semua penerima bermula hari ini, iaitu mulai 12 Ogos 2025 (Selasa) secara berperingkat.

Dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion1, 8.6 juta rakyat Malaysia akan menerima bayaran sehingga RM650 bagi Fasa 3 ini.

Jumlah ini merupakan peningkatan seramai 300,000 daripada 8.3 juta penerima Fasa 1 pada Januari 2025.

Peningkatan ini hasil daripada langkah Kerajaan MADANI yang membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang layak.

STR Fasa 3 2025 Dibayar Mulai 12 Ogos Kepada Rakyat Malaysia 1

Kadar Bayaran STR Fasa 3 2025

Kadar bayaran yang akan diterima oleh penerima-penerima STR Fasa 3 bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

KategoriJumlah Bayaran
Isi Rumah Berpendapatan <RM 2500RM 150 – RM 650
Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 – RM 5000RM 150 – RM 300
Warga Emas Tiada PasanganRM 150
Bujang RM 150

Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.

Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Bagi kategori Isi Rumah Berpendapatan <RM 2500 (Tiada Had Umur)
Bilangan AnakKelayakan MaksimumFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
0RM 1,000RM 500RM 150RM 150RM 200
1 – 2RM 1,500RM 500RM 300RM 350RM 350
3 – 4RM 2,000RM 500RM 500RM 500RM 500
5RM 2,500RM 500RM 650RM 650RM 700
  • Bagi kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 – RM 5000 (Tiada Had Umur)
Bilangan AnakKelayakan MaksimumFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
0RM 500RM 150RM 100RM 150RM 100
1 – 2RM 750RM 150RM 150RM 200RM 250
3 – 4RM 1,000RM 250RM 200RM 250RM 300
5RM 1,250RM 300RM 300RM 300RM 350
  • Bagi kategori Bujang Berpendapatan <RM 2500 (Berumur 21 – 59 Tahun / OKU Berumur 19 – 59 Tahun)
Kelayakan MaksimumFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
RM 600RM 150RM 150RM 150RM 150
  • Bagi kategori Warga Emas Tiada Pasangan <RM 5000 (Berumur 60 Tahun Dan Keatas)
Kelayakan MaksimumFasa 1Fasa 2Fasa 3Fasa 4
RM 600RM 150RM 150RM 150RM 150

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jumlah Bayaran STR 2025, anda boleh rujuk DISINI.

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3 2025

Pembayaran STR Fasa 3 2025 mulai dibayar pada 12 Ogos 2025 secara berperingkat.

 Kaedah pembayaran adalah melalui

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan; atau
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi yang mempunyai akaun bank, penerima akan menerima bayaran melalui pengkreditan ke akaun masing-masing mulai 12 Ogos 2025 secara berperingkat.

Bagi yang tiada akaun bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan dan W.P. Labuan), bayaran secara tunai boleh dituntut di Bank Simpanan Malaysia (BSN) mulai tarikh yang sama, iaitu 12 Ogos 2025. Sila bawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan dan hanya wakil yang berdaftar dibenarkan untuk mewakili penerima bagi tujuan penunaian tersebut.

STR Fasa 3 2025 Dibayar Mulai 12 Ogos Kepada Rakyat Malaysia 2

Semakan Status Kelulusan STR 2025

Semakan status kelulusan STR bagi tahun 2025 dan jumlah bayaran yang akan diterima boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal STR.
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’.
  4. Status kelulusan akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.

Pembayaran STR Fasa 3 2025 akan dibuat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan STR Fasa 3 2025 ini, sila rujuk pautan-pautan berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More