Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Kepada Pelajar UA Mulai 15 Ogos

Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan kepada pelajar Universiti Awam (UA) untuk pulang ke kampung halaman bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, mulai 15 Ogos 2023 ini.

Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan ini.

Kementerian Pengangkutan telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat-syarikat penerbangan bag memperincikan pelaksanaan inisiatif ini.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan implikasi kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

Isi Kandungan

Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan

Menteri Pengangkutan (MOT), Anthony Loke, berkata subsidi tiket penerbangan ini sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal dan tempat pelajar sedang menuntut.

Subsidi ini hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan

  • Malaysia Airlines
  • AirAsia
  • Batik Air
  • Firefly
  • MYAirline

“Setiap pelajar layak menerima subsidi RM300 melalui ‘credit shell’ dan pembelian tiket penerbangan perjalanan selepas tarikh akhir penebusan adalah dibenarkan,” katanya pada sidang media pada 12 Julai 2023.

Yang turut hadir timbalannya, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Jana Santhiran Muniayan.

Pelaksanaan inisiatif bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan untuk pelajar UA ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester.

Sebelum ini MOT telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat penerbangan bagi memperincikan pelaksanaan inisiatif itu.

Menurut Loke, pelajar warga Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di UA pada 2023 layak menerima subsidi berkenaan.

Pelajar boleh merancang tarikh penerbangan dan sekiranya baucar RM300 itu mempunyai lebihan boleh digunakan untuk penerbangan seterusnya dengan menambah wang sendiri sekiranya tidak mencukupi.

Semakan kelayakan permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang atau Portal Rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan sekiranya tidak layak boleh membuat rayuan kepada KPT melalui universiti masing-masing.

Maklumat lanjut berkaitan bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan ini boleh diperoleh melalui siaran media Menteri Pengangkutan Malaysia dibawah.

Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan

Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan

Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan

Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan

Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan

Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan

Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan

Cara Memohon Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan

  • Pelajar boleh membuat permohonan bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan melalui laman sesawang syarikat penerbangan yang telah dinyatakan dan tarikh akhir penebusan adalah pada 31 Oktober 2023 ini.
  • Jumlah subsidi yang akan diperolehi adalah sebanyak RM300 secara baucar digital melalui ‘credit shell’.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan ini, sila rujuk Kementerian Pengangkutan Malaysia Unit Komunikasi Korporat di talian seperti ketetapan berikut:

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan atau informasi yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More