Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sujud syukur PM8, Laungan ‘TAKBIR’ bergema di kediaman Muhyiddin Yassin. Dapat Sokongan 114 Ahli Parlimen

Sujud syukur PM8, Laungan ‘TAKBIR’ bergema di kediaman Muhyiddin Yassin. Dapat Sokongan 114 Ahli Parlimen 1

PM8 – Sebentar tadi, pihak Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu bahawa KDYMM Baginda Agong bekenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM8 Perdana Menteri kelapan Malaysia.

Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada media dan mendapat respon yang pelbagai dari semua pihak.

Isi Kandungan

Sujud syukur kemenangan PM8

Menerusi perkongsian di laman sosial, dapat dilihat dengan jelas bahawa Tan Sri Muhyiddin telah sujud syukur selepas dimaklumkan perkara ini.

Laungan takbir juga bergema dikediamannya disambut linangan air mata oleh beberapa individu yang turut berada disitu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan sujud syukur selepas YDP Agong berkenaan melantik sebagai PM ke-8. pic.twitter.com/2v8xuXGPvG

— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) February 29, 2020

Majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan akan dilakukan pada pagi esok kira-kira jam 10,30 pagi di Istana Negara.

Sujud syukur PM8, Laungan ‘TAKBIR’ bergema di kediaman Muhyiddin Yassin. Dapat Sokongan 114 Ahli Parlimen 2

Pengumuman ini sedikit sebanyak telah menjawab beberapa teka-teki gelombang politik yang melanda negara sejak minggu lalu.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

Muhyiddin dapat sokongan 114 ahli parlimen

Sujud syukur PM8, Laungan ‘TAKBIR’ bergema di kediaman Muhyiddin Yassin. Dapat Sokongan 114 Ahli Parlimen 3
Sujud syukur PM8, Laungan ‘TAKBIR’ bergema di kediaman Muhyiddin Yassin. Dapat Sokongan 114 Ahli Parlimen 4

ETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin disokong 114 Ahli Parlimen sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

Menurutnya, Muhyiddin memperoleh sokongan 114 ahli parlimen daripada 222 ahli Dewan Rakyat.

 

“114 daripada 222. Itu diberitahu kita dah cross the line, ini bukan minority goverment, ini majoriti government. 114 is majoriti,” katanya ketika ditemui di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya parti mana memberi sokongan berkenaan, beliau hanya menjawab ringkas, “itu tak dapat jelas yang penting PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) sebagai ‘anchor’, PAS, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dalam kejayaan 114,” katanya.

Istana Negara hari ini mengumumkan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Presiden Bersatu itu dilantik segera bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terjamin.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, majlis perlantikan Ahli Parlimen Pagoh berkenaan akan diadakan esok. hmetro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More