Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sultan Kelantan salur RM300,000, wakil rakyat potong elaun untuk Palestin

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan sumbangan RM300,000 kepada rakyat Palestin bagi menzahirkan solidariti baginda terhadap umat Islam yang ditindas rejim Zionis di sana.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika mengumumkan perkara itu di akaun Facebooknya hari ini berkata, kurniaan Sultan Kelantan diserahkan kepada beliau untuk disalurkan melalui Tabung Amanah Kebajikan Darul Naim (Tabung Serambi Mekah).

“Menjunjung kasih diatas ampuni perkenan Tuanku terhadap kurniaan tersebut. Kurniaan ini menunjukkan keprihatinan, kebersamaan serta solidariti Tuanku di atas situasi getir bumi al-Aqsa sekarang,” kata beliau.

Penyerahan disempurnakan Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar dan disaksikan Exco Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud serta Setiausaha Sulit Kanan Sultan Kelantan, Datuk Nik Shafriman Nik Hassan.

Sultan Kelantan salur RM300,000, wakil rakyat potong elaun untuk Palestin

Sementara itu, Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) mengumumkan setiap wakil rakyat Pas di negeri ini bersetuju membuat potongan elaun sebulan sebanyak RM7,000 seorang untuk disumbangkan kepada Tabung Palestin.

Pengerusinya, Datuk Hassan Mohmood berkata, sumbangan kepada rakyat Palestin oleh BBC Kelantan akan dibuat menerusi dua fasa.

“Fasa pertama ialah kutipan sebanyak RM10,000 yang akan disampaikan hari ini kepada Menteri Besar manakala fasa kedua ialah potongan terus elaun wakil rakyat Pas di Kelantan,” katanya.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Ancaman Israel Terhadap Malaysia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More