Sumbangan Keperluan Asas Sarawak Mulai 1 Januari 2025

Berikut dikongsikan mengenai info terkini Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang akan diberikan kepada penerima yang layak mulai 1 Januari 2025.
Isi Kandungan
Mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah merupakan bantuan kewangan berbentuk baucar digital yang boleh diakses melalui aplikasi S Pay Global (e-dompet) untuk pembelian barangan makanan asas.
SKAS ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM450 juta pada tahun 2025 bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.
Menurut Datuk Patinggi Abang Johari, SKAS yang diperuntukkan sebanyak RM450 juta pada tahun 2025 ini dijangka akan memanfaatkan kira-kira 850,000 penerima.
Beliau menyampaikan kenyataan ini ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.

Jumlah Bantuan
Nilai bantuan SKAS adalah di antara RM250 hingga RM800 bergantung kepada kategori penerima yang telah diluluskan.
Nilai bantuan SKAS yang akan diterima adalah seperti berikut:
- Penerima kategori Isi Rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800.
- Penerima kategori Warga Emas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400.
- Penerima kategori Bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250.
Tarikh Bantuan
Penyaluran bantuan ke akaun S Pay Global penerima yang layak akan dilakukan mulai suku tahun pertama 2025.
Tarikh sebenar akan dimaklumkan melalui laman web rasmi Kerajaan Sarawak.
Cara Mendaftar S Pay Global
Penerima perlu memuat turun aplikasi S Pay Global di telefon pintar masing-masing.
Berikut adalah merupakan langkah-langkah untuk membuat pendaftaran S Pay Global:

Apakah yang saya perlu lakukan jika notifikasi menyatakan akaun S Pay Global saya telah wujud, namun saya tidak pernah mengetahui kewujudan akaun tersebut?
Akaun SarawakID dan akaun S Pay Global menggunakan username / ID yang sama.
Seterusnya untuk mendapatkan maklumat sarawakID, pengguna adalah disarankan untuk mengemaskini maklumat SarawakID anda di laman web SarawakID dengan log masuk menggunakan nombor myKad.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak, iaitu:
- Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.
Syarat kelayakan yang lebih terperinci mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori | Syarat Kelayakan |
---|---|
Isi Rumah | Kahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai tanggungan (anak / ibu bapa); Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan Tiada had umur. |
Bujang | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada tanggungan; Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan Had umur adalah antara 21 hingga 59 tahun; dan Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa. |
Warga Emas | Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak; Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan Had umur 60 tahun dan ke atas. |
Semakan Status Kelayakan
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 secara automatik akan menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Semakan nama penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh dibuat menerusi laman web rasmi Kerajaan Sarawak mulai 1 Januari 2025.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak ini, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak dari semasa ke semasa.
Selain itu, info terkini mengenai SKAS ini juga boleh didapati melalui saluran-saluran berikut:
- Sarawak Awareness Group
- Facebook TVS
- Tiktok TVS
- Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak – UKAS
- TV Sarawak
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!