Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2023

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2023 KINI KEMBALI!
Alhamdulillah, berita baik ini buat semua pelajar sekolah rendah, menengah, IPT dalam & luar negara untuk memohon dana ini. Dana ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaranSumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor.
Pemohon boleh membuat permohonan ini bermula dari 3 ๐™Š๐™†๐™๐™Š๐˜ฝ๐™€๐™ ๐™จ๐™š๐™๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™œ๐™– 3 ๐˜ฟ๐™„๐™Ž๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐™€๐™ 2022 secara dalam talian di www.zakatselangor.com.my/spzas .
Jangan lupa untuk baca syarat-syarat dan cara-cara untuk buat permohonan terlebih dahulu ya.
p/s: permohonan boleh buat ๐™Ž๐™€๐™†๐˜ผ๐™‡๐™„ (1) sahaja ya, dan hanya untuk ๐˜ฝ๐™๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐™Ž๐™‰๐˜ผ๐™ ๐™๐˜ผ๐™†๐™„๐™, ๐™ˆ๐™„๐™Ž๐™†๐™„๐™‰ & ๐™ˆ๐™๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™
[ ๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป: Buat asnaf fakir, miskin & mualaf berdaftar, boleh memohon terus pendidikan.zakatselangor.com.my ]

Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2023

Isi Kandungan

Kadar Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor SPZAS

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan mengikut peringkat pengajian seperti dinyatakan berikut:

  1. RM700 (SPZAS dalam negara)
  2. RM1,000 hingga RM2,500 (SPZAS IPT luar negara)

SPZAS DALAM NEGARA

Peringkat pengajian Sijil / Pra Universiti / Asasi / Matrikulasi / Pra Diploma / Diploma / Diploma Lanjutan / Ijazah Sarjana Muda / Sijil Prefesional dan Ijazah Sarjana

SPZAS LUAR NEGARA

Peringkat pengajian Sijil (Pengajian Islam ) / Sijil Profesional / Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana

SPZAS SEKOLAH RENDAH & SEKOLAH MENENGAH

Sementara itu, kadar sumbangan bagi sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti berikut:

  1. Prasekolah / Tadika : RM200 (per tanggungan)
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan : RM200 (per tanggungan)
  3. Sekolah Rendah AGama : RM200 (per tanggungan)
  4. Sekolah Menengah : RM200 (per tanggungan)
Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2023
Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor

Syarat-syarat Permohonan SPZAS

Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Ketua keluarga / penjaga lahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM11,000.
  5. Dokumen sokongan sila rujuk pautanย www.zakatselangor.com.my/spzasย atau imbas kod QR yang dipaparkan dalam poster di atas.

NOTA: Permohonan adalah untuk BUKAN asnaf fakir, miskin & mualaf.

*Buat asnaf fakir, miskin & mualaf berdaftar, boleh memohon terusย https://pendidikan.zakatselangor.com.my

Tarikh Permohonan

Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dariย 3 Oktober hingga 3 Disember 2022ย secara dalam talian diย www.zakatselangor.com.my/spzasย .

Cara Permohonan

permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautanย www.zakatselangor.com.my/spzas.

Terdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  4. Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  5. Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  6. *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
  7. *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  8. Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
  9. Kad OKU (Jika Berkenaan)
  10. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
  11. Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)

*Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun diย www.zakatselangor.com.my/spzas.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More