Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kadar Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Belia & Isi Rumah Akan Dinaikkan

Kadar Sumbangan Tunai Rahmah 2024 akan dinaikkan untuk golongan Belia dan Isi Rumah.

Berita baik untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan bersetuju untuk meningkatkan peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada 13 Oktober, baru-baru ini.

Beliau berkata pemberian STR ini akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

Isi Kandungan

Belanjawan 2024: Kadar Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Akan Dinaikkan

Kadar minimum Sumbangan Tunai Rahmah 2024 untuk golongan belia akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.

Bayaran pertama STR untuk isi rumah pula kebiasaanya maksimum adalah RM300 sahaja. Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR akan dinaikkan kepada RM500.

Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.

Tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sumbangan tersebut akan disalurkan sebelum bulan Ramadan tahun hadapan.

Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Jumlah bayaran STR 2024 mengikut kategori adalah seperti berikut.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Tarikh Permohonan & Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tarikh permohonan baharu STR 2024 akan dibuka seawal November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
  • Tarikh bayaran pertama pula akan dibuat pada Februari 2024, iaitu sebelum bulan Ramadan 2024.

Kredit Sumber: Buletin TV3

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini, anda boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR dan untuk SOALAN LAZIM berkaitan sila rujuk semua pautan dibawah.

Diharapkan info terkini tentang Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua rakyat Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More