Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Surat Permohonan Beroperasi Syarikat PKP (1-14 Jun 2021)

CARA DAFTAR CIMS 3.0 & DAPATKAN SURAT PERMOHONAN BEROPERASI MITI (1-14 JUN 2021)

Berkuat kuasa 8 malam Ahad, 30 Mei, 2021 syarikat pembuatan yang telah berdaftar dengan CIMS 3.0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini senarai pekerja mereka.

Anda boleh membaca: Surat MITI perlu miliki kod QR

Syarikat pembuatan yang belum mendaftar dengan CIMS 3.0, boleh membuat pendaftaran bermula Isnin, 31 Mei 2021, pada 1 petang. Berikut adalah makluman terkini oleh MITI berkaitan sektor ekonomi di kawasan PKP 3.0:

Surat Permohonan Beroperasi Syarikat PKP (1-14 Jun 2021)

Perlu diingat kan bahawa sektor swasta hanya boleh memenuhi kapasiti kakitangan sepanjang tempoh PKP 3.0 adalah dengan 60% kakitangan di premis dan 40% bekerja dari rumah 

Surat Permohonan Beroperasi Syarikat PKP (1-14 Jun 2021)

Permohonan Beroperasi MITI: Cara Daftar & Login CIMS 3.0

Jika anda pernah mendaftar semasa PKP 1.0 tempoh hari melalui sistem CIMS 2.0, surat tersebut tidak boleh digunakan lagi dan telah terbatal. Anda tidak perlu mendaftar lagi, namun hanya perlu memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini melalui sistem CIMS dengan log masuk dan kata laluan yang sama.

Cara Daftar CIMS 3.0

Jika anda belum pernah mendaftar, sila daftar melalui laman web MITI : https://notification.miti.gov.my

Surat Permohonan Beroperasi Syarikat PKP (1-14 Jun 2021)
Surat Permohonan Beroperasi Syarikat PKP (1-14 Jun 2021)
Jika belum pernah berdaftar, sila ikuti langkah berikut:
  1. 1. Layari laman web https://www.miti.gov.my
  2. 2. Klik CIMS 3.0
  3. 3. PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) akan dipaparkan
  4. 4. Klik DAFTAR
  5. 5. Klik SENARAI SOP TERKINI untuk membantu syarikat anda diberi KELULUSAN untuk beroperasi semasa PKP 2.0
  6. 6. Setelah selesai membaca SOP MITI, klik ✓ pada kotak pengesahan.
  7. 7. Anda akan diarahkan untuk mengisi maklumat berikut:
    • Isikan Nama Penuh
    • Isikan Email
    • Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
    • Masukkan Kata Laluan
    • Masukkan Kata Laluan sekali lagi
    • Masukkan No Lesen Pengilang ATAU No Pendaftaran SSM dan No Ahli Badan Profesional / Pesuruhjaya Sukan / ROY / ROS
  8. Klik Daftar
  9. Setelah berjaya, anda akan menerima Pengesahan Pendaftaran Syarikat dan Kebenaran Beroperasi MITI seperti di bawah.

Jika anda telah berdaftar, sila rujuk langkah di bawah untuk memuat turun surat kebenaran MITI yang terkini.

SOP MITI

  • Majikan bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran untuk membolehkan pergerakan pekerja dalam tempoh PKP.
  • Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa adalah wajib membawa sesalinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja/surat pengesahan majikan.
  • Ini bertujuan mempermudahkan pergerakan kenderaan komersial dan juga pergerakan pekerja antara kediaman dan tempat kerja.
  • Pihak MITI telah memaklumkan kepada pihak PDRM berhubung perkara ini bagi memudahkan pergerakan di operasi sekatan jalan raya (SJR).
  • Majikan yang didapati melanggar dan tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.

Maklumat Lanjut Tentang Permohonan MITI

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.miti.gov.my/ atau hubungi 03-6208 4949 Ajukan persoalan anda melalui Facebook MITI Malaysia di sini: https://www.facebook.com/MITIMalaysia

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More