Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tabung Usahawan Negeri Sembilan 2023 Sehingga RM3,000

Tabung Usahawan Negeri Sembilan adalah sejenis inisiatif bagi membantu usahawan di Negeri Sembilan dengan memberikan geran bantuan sebanyak RM3,000 kepada mereka yang layak.

Dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang telah dibentangkan, Menteri Besar juga memperkenalkan inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) Extra untuk membantu usahawan di negeri ini.

Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukan RM3 juta untuk Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS), RM3 juta untuk TUNS Plus dan RM1 juta untuk TUNS Extra.

“Inisiatif ini diwujudkan kerana TUNS dan TUNS Plus yang diperkenalkan sebelum ini mendapat sambutan daripada usahawan tempatan,” kata Aminuddin.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun pula berkata, TUNS Extra ini akan membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka secara geran padanan sehingga RM30,000.

Isi Kandungan

Tabung Usahawan Negeri Sembilan 

Objektif utama penubuhan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan geran pembiayaan ini.

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan.

Di samping itu, juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya.

TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan di samping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.

Inisiatif ini telah memberi manafaat kepada 5,149 usahawan mikro dari tahun 2019 sehingga 2022 dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM15 juta dalam tempoh 4 tahun tersebut.

Usahawan mikro yang layak boleh membuat permohonan TUNS 2023 bermula 16 Januari 2023 (ISNIN).

Tabung Usahawan Negeri Sembilan

Syarat Kelayakan Permohonan

  •  Warganegara Malaysia;
  • Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
  • Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) / Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 / Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah didaftarkan serta beroperasi selama tempoh tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat;
  • Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  • Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000;
  • Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga (3) bulan;
  • Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
  • Pemohon tidak berstatus muflis; dan
  • Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima (5) tahun.

Kelayakan Perniagaan

Jenis perniagaan yang LAYAK adalah sebagaimana berikut:

  1. Minuman dan makanan
  2. Bakeri, pastri dan kuih-muih
  3. Khidmat jahitan
  4. Pertanian / penternakan / perikanan
  5. Salon kecantikan dan gunting rambut
  6. Kraf tangan dan cenderamata
  7. Peruncitan
  8. Fotografi
  9. Lain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja)

Jenis perniagaan yang TIDAK LAYAK adalah sebagaimana berikut:

  1. Perkhidmatan profesional
  2. Homestay
  3. Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh)
  4. Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing
  5. Mesin layan diri (vending machine)
  6. Dobi layan diri
  7. Kontraktor
  8. Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik
  9. Perniagaan yang salah disisi undang-undang
  10. Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi / mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain

Cara Memohon Tabung Usahawan Negeri Sembilan

  • Kaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online) yang bertujuan bagi memudahkan lagi proses permohonan.
  • Proses semakan dan pemantauan status permohonan oleh pemohon boleh dibuat tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan dan pendaftaran maklumat asas perlu dibuat dengan mengisi butiran asas pemohon seperti nama, kad pengenalan dan emel.
  • Selepas pendaftaran maklumat peribadi dilakukan, sistem akan menghantar emel pengesahan. Sila semak emel anda dan pastikan anda membuat pengesahan. Tanpa pengesahan, anda tidak dapat meneruskan permohonan tersebut.

Dokumen Yang Diperlukan

Terdapat beberapa dokumen yang perlu dimuat turun oleh pemohon seperti:

  1. Aku Janji TUNS
  2. Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan
  3. Jadual Penglibatan Mengikut Dokumen
  4. Template Surat Persetujuan Rakan Kongsi

Semua dokumen diatas boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan dan perkara penting yang lebih terperinci juga boleh didapati pada portal tersebut.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Tabung Usahawan Negeri Sembilan ini, sila hubungi:

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan
Telefon: 06-761 6871
Faks: 06-762 6291
Hotline: 019-752 3251
E-mel: [email protected]
Facebook: Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan – PRUNS

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More