Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tahun 2023 Pun Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Telegram

Fungsi telegram biasanya orang hanya akan tahu berkaitan menghantar video, muat naik dan muat turun video, untuk menghantar pesanan ringkas, gambar dan sebagainya.

Tapi tahukah kita sebenarnya fungsi telegram ini banyak dan pelbagai yang ramai orang tak sedar fungsinya. Manfaat yang disediakan oleh Telegram patutnya digunakan sebaik mungkin oleh pengguna. Memudahkan!

fungsi telegram

Isi Kandungan

Fungsi Telegram

Menurut perkongsian seorang pengguna di twitter, bermacam sebenarnya telegram boleh buat, ada yang tak terjangkau di akal pun ada tau. Jom kita tengok fungsi telegram yang sepatutnya kita tahu:

  • Trending

Bot yang ni untuk cari trending berita seluruh negara. Ada fungsi boleh pilih negara, boleh pilih bahasa dan boleh baca segala isu semasa dari seluruh negara.

Tahun 2023 Pun Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Telegram 1

  • Skeddy

Skeddy ni berfungsi sebagai kalendar atau peringatan yang boleh di set up mengikut keperluan diri kita.

Tahun 2023 Pun Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Telegram 2

  • Lightroom Free Preset

Berfungsi untuk edit gambar. Boleh apply preset juga secara percuma. Barulah gambar viral. Ye tak!Tahun 2023 Pun Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Telegram 3

  • Voicy

Voicy adalah cara senang untuk convert suara ke teks. Kalau kata kita malas nak menaip satu-satu (transkrip), sangat bermanfaat gunakan fungsi voicy ini di telegram ya.

Tahun 2023 Pun Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Telegram 4

  • PDF Bot

Fungsi PDF bot ini adalah untuk gabungkan file pdf menjadi satu file. Biasa kita terima pdf dalam beberapa file, pasti pening macam mana nak gabungkan supaya senang kita nak simpan atau hantar kepada orang lain. PDF bot pasti membantu!

Tahun 2023 Pun Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Telegram 5

  • Office2PDF

Fungsi telegram yang ini pula adalah untuk convert semua file dari pdf ke format lain seperti gambar, teks, microsof words dan sebagainya.

Tahun 2023 Pun Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Telegram 6

  • Pandaibot

Fungsi ini akan bantu kita track parcel untuk semua kurier yang kita inginkan. Selain itu, ia juga ada beberapa fungsi lain seperti:

  • Semak laporan cuaca
  • Semak waktu solat
  • Cari qoutes
  • Link untuk menderma dan banyak lagi

Tahun 2023 Pun Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Telegram 7

  • Quran bot

Seperti namanya, Quran bot ini berfungsi untuk kita mencari semua surah-surah dalam al-Quran. Boleh juga pilih Qari dari pelbagai negara dan Qari dari Malaysia pun ada tu.

Tahun 2023 Pun Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Telegram 8

  • Jawigram

Jawigram ini pula sudah semestinya fungsinya berkait rapat dengan tulisan warisan umat Islam, iaitu tulisan jawi. Jika ada perkataan yang kita tidak pasti cara ejaan dalam bahasa jawi, taip sahaja di aplikasi ini dan tengoklah hasilnya. Mantap!

Tahun 2023 Pun Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Telegram 9

  • YTA Bot

Fungsi yang ini katanya paling disukai ramai. Cara tersangat mudah untuk muat naik video dari youtube. Hanya perlu copy link dan paste di sini. Siap!

Tahun 2023 Pun Ramai Masih Tak Tahu Fungsi Telegram 10

Penutup

Macam mana dengan perkongsian kami? Adakah membantu kalian? Oh ya, pasti ada juga dalam kalangan kita yang masih tak jelas, nak buat macam mana ya untuk gunakan segala kemudahan telegram sediakan?

Ok, stepnya sangat mudah:

  1. Buka telegram
  2. Pergi bahagian search
  3. Masukkan kata kunci atau wording yang kita nak cari
  4. Kemudian ikut arahan yang diberikan
  5. Terus boleh digunakan

Mudah kan? Kalau nak tahu banyak lagi fungsi lain. Pakat-pakat share ya. Haa, kami bukan sahaja kongsi fungsi telegram je tau, kami juga kongsi info Kerja Kosong di telegram. Taip sahaja Tcer.my. Jangan lupa subscribe!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More