Penguatkuasaan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Bas 1 Julai 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar bas yang terkini di Malaysia.
Isi Kandungan
JPJ Menguatkuasakan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Bas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menguatkuasakan pemakaian tali pinggang keledar ke atas pemandu dan penumpang bas ekspres dan bas persiaran bermula 1 Julai 2025.
Pemandu dan penumpang bas diwajibkan memakai tali pinggang keledar dan diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan ini.
Tindakan notis saman akan dikenakan kepada mereka yang tidak memakai tali pinggang keledar bas.

Tindakan Notis Saman Akan Dikenakan
Bermula 1 Julai 2025, JPJ akan menjalankan penguatkuasaan penuh di seluruh negara.
Mereka yang didapati tidak memakai tali pinggang keledar sama ada di tempat duduk penumpang atau pemandu boleh dikenakan denda sehingga RM300.
Pemandu bas yang yang gagal memberikan peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak juga akan dikenakan saman bersama syarikat pengendali bas yang terlibat.
Namun begitu, jika pemandu sudah memberi peringatan kepada penumpang, namun penumpang masih berdegil untuk tidak memakai tali pinggang keledar, saman hanya akan diberikan kepada penumpang.
Semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan dilakukan untuk mengesahkan sama ada peringatan sudah dibuat atau sebaliknya.
Tindakan notis saman akan dikenakan kepada mereka yang ingkar. Kompaun sehingga RM300 berdasarkan kesalahan Kaedah 4 & 4A (Kaedah-Kaedah Kereta Motor) Tali Pinggang Keledar 1978.
Wajib Pemakaian Tali Pinggan Keledar
Tali pinggang keledar atau seat belt merujuk kepada tali keselamatan yang dipasang pada tempat duduk dalam sesebuah kenderaan, bertujuan untuk melindungi pemandu dan penumpang semasa berlaku kemalangan atau perlanggaran.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, penguatkuasaan ini hanya terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali pinggang keledar.
Sejak tahun 2019, kerajaan Malaysia telah mewajibkan semua bas ekspres untuk memasang tali pinggang keledar di setiap tempat duduk. Namun, penguatkuasaan pemakaian oleh penumpang masih rendah kerana kurang kesedaran dan pemantauan.
Pada tahun 2025, JPJ telah mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bas ini ke atas semua penumpang dan pemandu bas ekspres dan persiaran. Hal ini berikutan peningkatan jumlah kemalangan yang meragut banyak nyawa melibatkan kenderaan awam jenis bas sejak akhir-akhir ini.

Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau aduan mengenai Penguatkuasaan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Bas ini, sila rujuk Portal Rasmi JPJ atau terus hubungi talian 03 – 8000 8000 atau e-mel aduan kepada [email protected].
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



