Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tambahan RM500 Pada Akaun 1 Pencarum KWSP

Tambahan RM500 Pada Akaun 1 Pencarum KWSP kepada ahli yang berusia 40 hingga 54 tahun telah diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Jumaat yang lalu.

Kerajaan telah memperuntukkan RM1 Billion bagi menyumbang sebanyak RM500 secara one-off kepada yang layak.

Isi Kandungan

Tambahan RM500 Pada Akaun 1 Pencarum KWSP

Kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir 2 juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

Menurutnya, selepas negara dibelenggu musibah pandemik Covid-19, Kerajaan telah membenarkan rakyat untuk keluar caruman KWSP mereka beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik. Kini selepas rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan diterima untuk menyara kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah.

Tambahan RM500 Pada Akaun 1 Pencarum KWSP

Anwar berkata, Kerajaan juga berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

Sementara itu, beliau berkata, berhubung simpanan syariah KWSP yang diperkenalkan sejak 2017, pada masa ini aset simpanan syariah dilaburkan bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional.

“Bermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah”, katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, di Dewan Rakyat, Jumaat yang lalu.

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan”, katanya.

Bagi menggalakkan lebih ramai orang bekerja sendiri menyimpan dalam KWSP, beliau berkata kerajaan meningkatkan nilai sumbangan padanan i-Saraan kepada RM300 berbanding RM250 sebelum ini, melibatkan RM30 juta peruntukan dengan lebih 100,000 pencarum yang akan menerima manfaat.

Anwar berkata jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.

Beliau berkata pentadbirannya juga bersetuju untuk meningkatkan saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) sebanyak RM5 bilion.

“Kerajaan menyokong peningkatan pegangan ekuiti dalam kalangan Bumiputera”, katanya.

Belanjawan ini yang pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

SUMBER YOUTUBE: Buletin TV3

Siapakah Yang Layak Menerima Tambahan RM500 Pada Akaun 1 Pencarum KWSP?

  • Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Berstatus warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap atau Bukan Warganegara (yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998)
  • Ahli KWSP yang berumur antara 40 hingga 54 tahun (umur bawah 55 tahun)
  • Mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1

Berapakah Tambahan Yang Akan Diberikan?

  • Jumlah yang akan diberikan adalah sebanyak Tambahan RM500 Pada Akaun 1 Pencarum KWSP yang berkelayakan.

TIADA pengumuman pengeluaran KWSP dalam Belanjawan 2023, sebaliknya Kerajaan memutuskan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

APAKAH TAMBAHAN RM500 PADA AKAUN 1 PENCARUM KWSP INI PATUT DITERUSKAN PADA MASA HADAPAN?

Tambahan RM500 Pada Akaun 1 Pencarum KWSP seharusnya diteruskan demi kelangsungan hidup semua rakyat yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan harian. Kerajaan sentiasa mempertimbangkan keperluan rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah. Walau bagaimana pun, kesejahteraan rakyat Malaysia semasa usia emas mereka kekal menjadi keutamaan dan KWSP akan menyokong pelaksanaan inisiatif ini untuk membolehkan rakyat membina semula simpanan persaraan mereka dengan tujuan untuk membantu mereka mencapai persaraan yang sejahtera. Dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More